Kuku Tajam Merayap Sehingga Ke Lengan, Pukul 10 Malam Semua Rumah Sunyi

Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami gangguan mistik atau gangguan makhluk halus sehinggakan ada juga yang mencapai tahap yang tidak lagi boleh dikawal. Fuh! Kita yang mendengar cerita seram ni pun dah tegak bulu roma, inikan pula mereka yang melalui pengalaman seram itu sendiri.

Walau bagaimanpun, masih juga ramai individu yang tidak pernah mengalami gangguan seperti ini. Sampaikan mereka ini tidak percaya langsung akan kewujudan kisah-kisah mistik.

Kisah yang Donna mahu kongsikan adalah daripada Fatimah yang berusia 25 tahun. Fatimah merupakan salah seorang yang tergolong daripada kumpulan mereka yang tidak percaya akan cerita-cerita seram pada awalnya. Suddenly, kepercayaan itu berubah setelah beliau sendiri mengalami pengalaman seram lebih kurang tiga tahun lalu.

Baca:Usah Pandang Remeh Walau Zaman Moden, Kenali Fasa Sihir Pemisah Yang Masih Digunakan

 Sehingga kini, Fatimah  masih dapat merasakan tangannya seperti digosok oleh ‘benda’ lain.

Kisah ini dikongsi oleh Fatimah dan membawa kepada waktu pahit apabila wanita ini kehilangan atuknya yang meninggal dunia pada tahun 2017 dek kerana sakit tua. Wanita ini menyatakan gangguan itu berlaku setelah atuknya meninggal dunia. Sebelum itu, atuknya dikatakan jatuh sakit sejak tiga tahun lalu dan Fatimah serta keluarga pulang ke kampung di Port Dickson untuk menjaganya sehingga arwah meninggal dunia.

Foto:fiksyenshasha

Setelah pemergian atuknya yang berusia 80-an itu, Fatimah dan keluarga membuat keputusan untuk menghabiskan masa di rumah pusaka tersebut tidak lama sebelum pulang ke Melaka. Fatimah dan ibu tidur di salah sebuah bilik dalam rumah pusaka peninggalan arwah atuknya.

Keadaan bertukar menjadi seram apabila, Fatimah terjaga dari tidurnya ketika tiba waktu tengah malam. Dia dapat merasakan tangannya seperti digosok atau dibelai oleh sesuatu ‘benda’ yang tidak pasti. Menurut Fatimah, dia dapat merasakan tangan misteri itu mempunyai kuku yang tajam. Ibarat seperti kuku ayam. Seram betul!

Pada awalnya, wanita yang diganggu itu tidak kisah dan terus memeluk ibunya yang sedang tidur di sebelah. Kiranya, beliau tidak mengambil endah dan tidak menganggapkan apa-apa. Akan tetapi, tangan itu seperti merayap pula ke bahagian lengannya! Ah sudah!

Tidak mampu lagi menahan seram dan takut, Fatimah terus bangun dan kejutkan ibunya dari tidur. Namun, dalam pada masa yang sama, beliau tidak pula ternampak apa-apa yang pelik! Hairan. Sejurus sahaja terganggu pada malam itu, Fatimah tidak lagi dapat menidurkan dirinya sehingga tiba waktu siang.

Rupa-rupanya…

Setelah keesokkan harinya, Fatimah menceritakan pengalaman mistik itu kepada saudara-maranya yang kain. Alangkah peliknya apabila mereka seolah-olah tidak terkejut malah, sudah pun lali dengan usikan mistik yang sama dialami oleh mereka!

Fatimah diberitahu kampungnya itu memang banyak penunggu dan makhluk halus dan tidak hairanlah jika pukul 10 malam sahaja, semua rumah sudah pun sunyi sepi kerana masing-masing tidur awal.

Bukan itu sahaja, makciknya juga turut memberitahu setiap rumah di kampung itu mempunyai kisah yang berlainan. Malah, jika terdapat rumah lama atau rumah dua tingkat pada bahagian atas, akan ada penunggu yang berlainan.

“Rupa-rupanya kampung saya ini memang dari dulu lagi mempunyai penunggu setia”

Wanita itu dijelaskan kampung tersebut dikatakan dikuasai oleh ‘mereka’ dan jika ada manusia yang diusik, hanyalah untuk memberi amaran akan kewujudannya di situ. Setakat ini tiada lagi kejadian usik-mengusik yang sehingga merisikokan nyawa manusia.

 

Baca juga:

Top 5 Tiktok #LathiChallenge Yang Paling Menarik

Selepas Hadiri Kursus Pengurusan Jenazah, Norman Hakim Mulai ‘Barzakh Challenge’

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna