Kuih Tradisional ‘Terbang’ Ke Australia Tarik Minat ‘Mat Saleh’

“Wahhh! Duduk kat luar negara hari hari la makan western food. Lidah pun terbelit dah nak cakap melayu…”

Sering perbualan ini wujud apabila ada segelintir rakan atau saudara kita ingin melancong ke luar negara, sambung belajar di oversea atau mengambil keputusan untuk menetap di sana.

Tapi, percayalah sesedap mana pun makanan barat, cukup dua hari di negara orang pasti sudah merindui makanan Malaysia. Kalau dah tekak Nasi Goreng Kampung tu, memang tak boleh tak rindu masakan Malaysia.

via GIPHY

Kuih tradisional di Australia!

Mungkin dari masalah ini, sesetengah rakyat tempatan yang sudah bermaustatin lama di luar negara menyelesaikan masalah dengan menjual makanan tradisional Malaysia untuk mengubat kerinduan sesiapa saja yang merindukan makanan tanah air sendiri. Aww!

Begitulah yang dilakukan oleh seorang Doktor Perubatan, Audreyanti Mohd Salleh, yang telah menetap lebih kurang 20 tahun di Adelaide, Australia sejak zaman belajar lagi sehinggalah sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata tiga orang.

Usahawan, ibu dan juga usahawan!

Apa yang membuatkan kami bangga lagi adalah walaupun Audrey seorang doktor dan seorang ibu, dia seperti tidak kenal erti penat kerana tetap menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual kuih-muih tradisional di sana. Sekaligus memperkenalkan makanan kuih tradisional Malaysia kepada orang barat. Hebat!

Menurutnya, jenis kuih yang diketengahkan adalah kuih berunsurkan tradisional nyonya. Antaranya kuih koci, seri muka, bingka ubi, onde-onde, ketayap dan banyak lagi.

“Semua kuih yang saya buat ni adalah hasil dari belajar dari ibu saya dan ada juga yang saya belajar sendiri melalui internet untuk buatkan tekstur dan rasa kuih bertambah sedap,”

Bagaimana bahan kuih didapati?

Bila ditanya bagaimana dia mendapatkan bahan masakan kuih tradisional di sana seperti santan, kelapa parut, padan atau tepung beras. Dia berkata, di Adelaide terdapat kedai yang menjual bahan masakan Asia tapi harga agak mahal sedikit kerana bahan tersebut agak terhad tapi dijamin segar!

“Harga kuih di Malaysia mungkin masih lagi murah kerana bahan masakan mudah dapat tapi di sini harga agak mahal sedikit memandangkan santan pun agak mahal jadi, harga sebekas kuih bagi setiap kuih sebanyak 10 dolar,” jelasnya.

Apa reaksi ‘Mat saleh’ bila cuba kuih tradisional?

Tambahnya lagi, dirinya rasa amat seronok apabila ada mat saleh memuji rasa keenakkan kuih tradisional melayu hasil dari air tangannya.

“Ramai pembeli mat saleh mecuba kuih yang saya jual ni dan semuanya kata sedap dan suka. Mungkin disebabkan santan yang digunakan jadi rasa lain daripada kuih yang ada di sini,”

Mat saleh rasa pun sedap deknon! Jadi, siapa yang berada di sekitar kawasan Adelaide bolehlah cuba kuih tradisional air tangan dari Dr, Audrey dengan menbuat tempahan di Instagram, @Malaysiandelightsadelaide.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Senarai Makanan Tepat Untuk Mereka Berpenyakit Darah Tinggi

Kesan Buruk Bila Si Ibu Letak Garam & Gula Dalam Makanan Bayi Setahun Ke Bawah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna