Kucing Akan Jadi Makin Nakal Kalau Rindu Tuan

Hubungan manusia dan haiwan ini memang istimewa. Kadang kala kita tak anggap mereka haiwan pun, tapi macam sahabat karib. Kalau balik rumah tak nampak mereka, mulalah kita risau melilau cari seluruh kawasan perumahan.

Kalau anda ada bela kucing, mereka jugalah menjadi tempat kita melepaskan penat seharian. Tapi perhatikan, ada sebab kalau kucing anda yang manja itu berubah menjadi kasar dan nakal.

Menurut penelitian yang dilakukan oleh Federal University of Juiz de Fora, Brazil. Kucing yang ditingalkan dan diabaikan oleh pemiliknya akan berkelakuan nakal. Kajian itu melibatkan 223 ekor kucing dan 113 pemilik. Hasilnya, kucing yang dipisahkan dari pemilik akan mengalami stres dan bertukar perangai jadi nakal.

“Haiwan mungkin menderita jika dipisahkan dari pemilik yang rapat dengan mereka,” kata Profesor Zoologi A Line Cristine Sant’Anna.

Nakal yang dimaksudkan ialah apabila kucing anda tiba-tiba kencing sembarangan, mencakar-cakar benda ketika ditinggalkan di rumah, agresif, cemas dan bersuara berlebihan.

Perangai kucing menjadi buruk tanpa orang dewasa perempuan. Pakar berpendapat wanita lebih cenderung menyayangi kucing berbanding lelaki. Orang tua pula dianggap lebih bijak jaga kucing sebab faktor gaya hidup yang selalu banyak masa di rumah berbanding dengan orang yang berusia 18-35 tahun.

Jadi, sekiranya anda nak tinggalkan kucing di rumah atas urusan apapun. Pastikan anda sediakan mainan supaya mereka tak bosan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna