Kuatkan Hati Bila Beraya Di Rumah Mertua

Semua mesti tengah on mood raya kan? Sedar tak sedar, dah masuk minggu terakhir berpuasa. Ada yang sibuk sediakan kelengkapan untuk anak-anak, yang si suami pula jangan lupa service kereta awal-awal untuk memudahkan perjalanan balik kampung nanti. Tapi, tahun ni turn anda beraya di rumah mertua?

Related image

Sumber: betterhealth

Bab Bermalam

Bukannya apa, sebagai seorang wanita pasti anda akan berasa kurang selesa bila kena bermalam di rumah mertua. Tambah pula bila suami anda ada adik beradik yang ramai, lagi riuh la satu rumah! Mungkin di kampung, mempunyai bilik yang agak limited , jadi anda harus biasa kan diri untuk berkongsi. Jangan pening kepala, untuk memudahkan pilih satu bilik khas untuk bini-bini sahaja dan satu lagi untuk para suami. Kalau lelaki lagi mudah, suruh tidur depan tv je hiks!

Image result for woman cannot sleep

Sumber: hotze

Siapa lagi pandai masak?

Part memasak ni bahaya! Haa biasalah bila dah ramai-ramai, semua nak tunjuk skill  masing-masing. Bagi anda mungkin sudah terbiasa dengan keadaan di dapur rumah anda. Jadi semua bahan perkakas mudah untuk diambil dan anda akan memasak mengikut kebiasaan. Tapi bila di rumah mertua, pasti ramai yang memerhati sampai kan anda berasa tidak selesa. Untuk mengelakkan keadaan sebegitu berlaku, apa kata anda hanya bantu mereka menyediakan bahan untuk masak dan biarkan seorang sahaja yang master di dapur. Mudah kan?

Image result for women cooking

Sumber: united

Sebenarnya situasi macam ni bukan kat rumah atau kampung mertua je, tanpa anda sedar di kampung sendiri pun akan berlaku, cuma mungkin anda sudah terbiasa dengan keadaan di sana. Mungkin ada di antara anda, menggangap perkara sebegini remeh untuk menjaga hati orang lain. Tapi jangan macam tu, anda buat untuk diri sendiri bagi mewujudkan hubungan yang mesra di antara mertua dan menantu. Baru lah yang lain pun turut happy!

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna