“Kualiti Kehidupan Bergantung Pada Kualiti Emosi..” – Prof Dr Muhaya

Ramai yang menganggap mempunyai harta yang banyak, gaji dan jawatan yang tinggi serta memiliki paras wajah yang cantik sudah cukup membahagiakan seseorang di atas dunia. Hakikatnya, bila kita ada semua tu kita masih merasa ada lagi benda tak cukup dan masih mencari-cari apa yang membuat kita ada je benda tak kena.

Waktu itu, kalau emosi mengawal hati kita habislah hilang kualiti kehidupan. Bagaimana nak dapatkan kualiti kehidupan? Menurut seorang pakar bedah mata yang juga rajin tampil memberikan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, emosi bertindak melalui apa pertuturan yang dikeluarkan dan komunikasi mempunyai 3 komponen iaitu perkataan, intonasi dan hati.

Sumber: cariangoogle

“Kalau gagal kawal 4 perkara ni, emosi akan menang dan hidup mula jadi kacau-bilau walaupun cukup segalanya. Apa yang perlu buat adalah sayang diri sendiri melalui hati sebab bila dia tak sayang diri sendiri macam mana nak sayang orang lain? Ingat! Apa-apa aura yang kita keluarkan segalanya dari hati dan akan beri kesan pada sekeliling,”

Tambahnya lagi, jika sebuah hubungan tak berhubung dengan baik sebenarnya berpunca daripada kegagalan spiritual communication. Apa yang anda perlu di lakukan adalah 2 perkara ini dan jika dipraktikkan dengan kerap akan nampak hasilnya. Caranya adalah…

  1. Duduk satu tempat, baca sura Al-Fatihah, panggil nama dia seolah-olah memanggi roh dia berdepan degan kita sambil ucapkan dalam hati dengan nada yang lembut, “Saya sayang awak, saya faham awak, saya minta maaf dengan awak, terima kasih banyak-banyak”
  2. Jika gagal juga, bayangkan dia budak kecil berusia 5 tahun, kecilkan figura individu tersebut, masukkan ke dalam poket hati kita dan sapu bahagian hati sambil ucapkan, ‘saya sayang awak’.

Jika anda inginkan penerangan yang lebih mendalam dari Prof Dr Muhaya, mainkan saja video di bawah.

Telekung Talk bersama @addaem.chandran .Menarik kan perkongsian daripada Prof Muhaya ni?.Dapatkan servis reminder untuk masuk ke dalam GROUP EKSKLUSIF bersama PROF MUHAYA di:www.profmuhaya.comwww.profmuhaya.comwww.profmuhaya.com.TELEGRAM: RESET MINDA BERSAMA PROF MUHAYA

Posted by Prof Dr Muhaya on Saturday, December 21, 2019

Semoga perkongsian ini dapat beri manfaat untuk diri kita semua!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Suami ‘Makan Luar’ Berpunca Isteri Tak Menyelerakan, Sejauh Mana Kebenaran Streotaip Ini?

Bahana! Kawan Rapat Dianggap Darah Daging Berakhir Dengan Pergolakkan Rumah Tangga

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna