Kuah Kacang Pasti Lebih Sedap Kalau Ikut Cara Ini

Selain ketupat dengan rendang apa lagi jadi menu wajib masa raya?

Sudah tentu nasi impit dengan kuah kacang. Bak kata orang tak lengkaplah juadah raya tanpa ada kuah kacang. Menu kuah kacang ni bukan hanya  makan dengan nasi impit sahaja, bayangkan waktu petang bila tengah borak dengan saudara mara tu sambil makan cucur cicah pula dengan kuah kacang, wow, sedapnya!

Untuk hasilkan kuah kacang yang sedap pertama sekali anda pastikan goreng kacang tanpa menggunakan minyak. Proses ini dinamakan sangai, selepas masak sejukkan kacang untuk anda buang kulitnya. Ia bergantung mengikut citarasa anda, tak buang kulit pun okay. Bila mengisar tu, jangan terlalu halus nanti tak dapat rasa kacang cukup hanya sekadar 80 peratus kisaran baru lah sedap.

Related image

Sumber: butterkicap

Macam mana nak dapatkan kuah kacang yang pekat dan warna yang cantik? Jangan risau anda hanya perlu tambahkan gula perang atau gula melaka. Bila dah panas, tekstur dan warna kuah kacang anda akan bertukar menjadi warna coklat dan gelap. Mudah kan?

Related image

Sumber: infosantai

Kuah kacang ni sebagai pencicah, tapi kalau cair pun tak sedap. Jadi bila anda buat sendiri menu ini pastikan air jangan letak terlalu banyak untuk dapatkan kuah yang pekat dan sedap. Tip ni bukan hanya sedap dimakan dengan nasi impit saja, anda juga boleh hidangkan bersama sate memang kombinasi yang terbaik!

 

 

 

Sumber : daridapur

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna