‘Korean Makeup Look’ Buat Anda Tampil Cantik Di Hari Raya

Masa beraya ni mesti nak tampil cantik kan? Tapi sanggup ke pakai makeup tebal, foundation dua inci, bila berpanas makeup pun cair, ish rimasnya. Sebenarnya nak cantik tak perlu pun pakai alat solek dengan banyak janji anda tahu caranya dan tip untuk makeup natural tapi masih nampak cantik dan ‘letops’ bila datang rumah orang untuk beraya, jom Donna kongsikan.

Image result for korean makeup look

Sumber: dailyvanity

Tak Perlu Foundation

Kalau tak pakai foundation mesti nampak bekas-bekas parut jerawat, malunya. Bedak asas cecair ni mempunyai tekstur yang pekat sehingga boleh tutup liang pori anda, jadi apa kata anda tukar kepada bb cream kerana ia lebih ringan dan sesuai untuk digunakan setiap hari tambah pula kalau pergi beraya pada waktu tengahari mesti panas kan. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Korea menggunakan bb cream cushion sebagai foundation untuk kelihatan lebih natural dan segar tetapi ingat jangan pakai tebal-tebal ye!

Image result for women apply bb cream cushion

Sumber: lorealparis

Teknik ‘Tepuk-tepuk’

Cukup dengan hanya memakai satu warna untuk pembayang mata. Nak nampak lebih natural dan sweet anda boleh menggunakan warna coklat cair atau merah jambu. Pastikan anda menggunakan teknik tepuk-tepuk mengikut benjolan mata ketika memakai eyeshadow jangan terus calit je.

‘Avoid’ Gincu Merah

Bila dah makeup korean look, jangan padankan dengan gincu merah pula. Pilih warna yang lebih natural seperti warna nude, oren atau peach.

Related image

Sumber: jane

Tip yang terakhir, terpulang pada anda untuk makeup tebal atau nipis, tetapi pastikan kulit anda bebas jerawat dan sihat baru lah nampak ‘gojes’! ‘Agithew’!

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna