Koperal Polis Samun Wanita China!

Polis dikatakan pihak berkuasa yang menjaga keamanan negara, memastikan orang ramai mematuhi penguatkuasaan undang-undang serta menjaga keselamatan masyarakat dari penjenayah.

Tapi lain pula kali ini apabila koperal polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menyamun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, kelmarin.

Mangsa hanya seorang jurujual…

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai seorang jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.

“Mangsa dihampiri tiga lelaki dan mereka disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

Ketua Polis berkata lagi dalam kenyataan kelmarin, jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan.

Kes Samun

KENYATAAN MEDIATAJUK: MAKLUMAN KES SAMUN DAN MENYAMAR POLISTEMPAT KEJADIAN:Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana 55300 Kuala LumpurRINGKASAN KES:Pada 23/8/2020 jam lebih kurang 7.00 petang semasa mangsa 1(P) warganegara China umur (29) tahun kerja jurujual sedang minum bersama rakan di Sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, telah datang suspek ( 3 ) lelaki disyaki warga tempatan mengenalkan diri sebagai polis. Suspek telah bertindak memegang kedua-dua belah tangan mangsa dan kemudian telah menarik mangsa ke kawasan letak kereta. Mangsa menjerit meminta tolong dan orang awam memberi bantuan kepada mangsa. ( 2 ) suspek melarikan diri manakala seorang suspek warga tempatan umur 46 tahun kerja polis (Status Tahan Kerja) berjaya ditangkap. Mangsa mengalami kerugian wang tunai lebih kurang RM5,000 dan barangan peralatan solekan wanita. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.Usaha mengesan dan menangkap (2) suspek yang telah dikenalpasti masih dijalankan. KESALAHAN:Kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu Samun Berkumpulan.HUKUMAN:Boleh dipenjara selama tempoh dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebat.▶️IPD Ampang Jaya

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, August 24, 2020

“Seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri. Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal dan dia kini dalam status ditahan kerja,”

“Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” tambahnya lagi.

Nasib baik wanita tersebut tidak sempat diapa-apakan. Harap selepas ini orang ramai jika terdengar suara menjerit meminta tolong, cepat-cepat datang memberi pertolongan atau memanggil bantuan.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dikatakan Fitnah Polis, Ini Penjelasan Asri Janggut

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

 

 

 

 

 

 

Sumber: jpjhmetro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna