Kool Cuts Gunting Rambut Gelandangan

Dalam kita bersuka ria jangan dilupa mereka yang bersedih. Jika anda merasakan anda susah, ingatlah ada insan lagi susah daripada anda. Tidak salah saling ingat mengingati dan tidak salah juga jika kita membantu mereka yang dalam kesusahan jika berkemampuan. Baru-baru ini, sebuah stesen radio terkenal tanah air, KoolFM melancarkan program ‘Kool Cuts’ yang menyediakan servis gunting rambut percuma buat mereka yang memerlukan di Pusat Gelandangan Medan Tuanku 2.

Walaupun bergelar artis dan dikenali ramai penyampai radio Kool FM, AG, Haiza, Muaz dan Linda Onn tidak kelihatan kekok dalam menguruskan mereka yang bergelar gelandangan ketika sesi gunting rambut tersebut.

Selain daripada servis potong rambut, Kool Cuts juga memberikan makanan serta aiskrim percuma kepada gelandangan yang ada. Aktiviti amal ini juga adalah kerjasama dengan Pertiwi Soup Kitchen dan mereka sentiasa mengalu-alukan sukarelawan yang ingin membantu.

Aktiviti seperti ini sememangnya wajar diadakan selalu kerana mereka juga manusia biasa yang diuji dengan cara berlainan. Tahniah Kool FM dan nantikan Kool Cuts di lokasi lain akan datang.

 

 

 

 

 

 

Sumber gambar : Pertiwi Soup Kitchen

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna