Kool Cuts Datang Lagi Beri Semangat Baru

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mutiara kata ini amat relevan jika kita melihat dari sudut kehidupan golongan yang tidak bernasib baik, tiada tempat untuk berteduh apatah lagi untuk mendapatkan sesuap nasi. Kini program Kool Cuts datang lagi bagi membantu mereka dengan menyediakan servis gunting rambut percuma bertempat di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.  Bukan itu sahaja, program ini tampil kelainan dengan berkolaborasi bersama Team Donna dalam menjayakannya.

Haa bukan servis gunting rambut percuma sahaja yang disediakan malah pihak Kool FM turut menyediakan aiskrim sebagai dessert buat para gelandangan secara percuma. Aktiviti ini disambut baik dengan kehadiran penyampai radio Kool FM terkenal iaitu Haiza, Muaz, Rea dan juga Linda Onn.

Semasa aktiviti berlangsung, Donna sempat menyelami nasib seorang transgender kerana tertarik akan semangatnya yang tidak pernah patah. Dikenali sebagai Mala bukan nama sebenar bersikap terbuka untuk berkongsi kisahnya dengan kami. Kesempitan wang menjadi sebab Mala memilih jalan hitam dengan melacur dirinya untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan harian . Menjadi anak tunggal sejak umurnya 8 tahun bukan sesuatu  yang mudah tetapi jauh dari sudut hatinya ingin mengubah nasib walaupun dicaci oleh masyarakat. Arwah ibu menjadi asbab dirinya ingin berubah ke arah yang lebih baik dan percaya akan ketentuan Tuhan.

Program amal ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada gelandangan untuk meneruskan kehidupan hari demi hari. Terserlah pada raut wajah mereka gembira dengan bantuan yang diberi. Aktiviti seperti ini wajar untuk diteruskan kerana ramai di luar sana yang memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat. Tidak lupa juga buat  team Pertiwi Soup Kitchen yang turut turun padang untuk bekerjasama dalam membantu aktiviti ini. Nantikan Kool Cuts di lokasi lain akan datang.

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna