Siapa tak kenal ibu kepada usahawan kosmetik popular Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda yang tidak pernah jemu untuk berkongsi ilmu terutamanya dalam bidang kecantikan. Setakat ini, hampir 40 000 ribu viewers yang melihat video dimuat naik oleh Bonda tentang kepentingan minyak dalam diet seharian pada dua jam lepas.
Mungkin ramai yang menganggap bahawa pengambilan minyak dalam makanan adalah sesuatu perkara yang tidak bagus dan memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Melalui caption yang ditulis olehnya, setiap individu perlu minyak berkhasiat dengan kuantiti yang sedikit kerana tanpa minyak badan tidak dapat menghasilkan hormon dengan sempurna.
Kelancaran Pada Otot Dan Membunuh Kolesterol Jahat
Untuk pengetahuan anda, minyak yang bagus selain daripada minyak sapi adalah minyak kelapa kerana ia berfungsi sebagai grease terbaik untuk kelancaran pada otot dan ia adalah salah satu bahan terbaik untuk orang yang mempunyai kolesterol ‘jahat’ yang susah untuk sembuh disebabkan keturunan.
Sumber: says
Melancarkan Proses Bersalin
Bagi wanita hamil, Bonda juga turut menggalakkan pengambil minyak kelapa untuk membantu melancarkan proses bersalin. Ini kerana minyak kelapa dapat membantu metabolism dalam tubuh badan manusia. Bukan itu sahaja, ia amat baik untuk mengurangkan risiko morning sickness dan menguatkan rahim bagi yang pernah mengalami keguguran.
Walaupun gelagat Aliff Syukri dan ibunya yang sentiasa membuatkan orang ramai terhibur dengan lawak mereka, namun Bonda tidak pernah berhenti untuk mendidik dan berkongsi ilmu agama dan perubatan sehingga ramai netizen yang membanjiri komen pada setiap posting Bonda di Instagram. Ramai juga golongan wanita yang tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dan bertanya tentang pengambil makanan sunnah yang lain seperti kurma dhuha.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan minyak kelapa amat baik untuk semua peringkat umur dan jantina, tetapi lebih digalakkan untuk ibu mengandung untuk memastikan segala nutrisi ibu dan bayi terjaga.
Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :
Setiap Ciuman Suami Ada Maksud Tersirat Yang Anda Patut Tahu
Sumber: daura & instagram