Kongkong & ‘Monitor’, Apa Beza Dua Ni?

Walaupun suami saya dah bagitahu dia nak pergi mana saya tetap tengok dekat apps ni ke mana suami saya pergi”

Biasalah bila dah zaman maju penuh dengan teknologi, semuanya di hujung jari. Bukan je kapal terbang ada radar, suami sendiri pun dipasang radar nak tengok ke mana suami pergi.

Bukan apa, nak tengok betul ke tak suami tu pergi tempat yang dituju? Ada melencong ke mana-mana ke? Ha, mungkin ada yang berpendapat tindakan ini akan merosakkan hubungan. Kononnya perlu meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada pasangan, barulah bahagia. Oh! No, jangan percaya sangat. Bahaya!

via GIPHY

Bukan apa, bila terlalu lepas sangat pasangan nanti akan timbul kebebasan pergaulan sehingga timbul orang ketiga.  Hati manusia ni berbolak-balik. Jadi, kita kena mengambil langkah berhati-hati, sebab tu kami buka topik kongkong dan monitor, apa beza dua ni? Lain tau maksud dua perkataan ni.

Apa yang dimaksudkan dengan kongkong adalah, meletakkan syarat sebelum melakukan sesuatu. Contoh situasi…

Abang pergi sana nak buat apa? Tak payah la, nanti tengok perempuan, bergambar dengan perempuan. Saya tak suka,”

Belum apa lagi, dah menuduh yang bukan-bukan dan lebih teruk lagi, melenting sehingga timbul pergaduhan. Tak dapat dinafikan tindakan ini tak sihat dalam hubungan. Tak kira la suami atau isteri, keduanya harus elakkan daripada melakukan tindakan sebegini.

via GIPHY

Seterusya, monitor atau mengawasi, memerhati dan menegur bila rasa itu adalah satu kesilapan. Contoh situasi…

Abang keluar pergi makan mamak dengan kawan perempuan ke tadi? Hm, lain kali bagitahu la. Tak adalah saya fikir lain. Kita ni dah kahwin, bukan bercinta. Gaya hidup kena la ubah. Saya tegur je sebelum jadi apa-apa lagipun saya tak suka,”

Situasi di sini, anda tak melarang cuma anda menegur dan beri nasihat selepas melihat tindak-tanduk mereka. Bagi kami, tindakan ini yang diperlukan dalam hubungan. Saling menegur kesilapan dan kita yang menerima teguran, cuba terima dan elakkan melakukan perkara yang tak disukai.

Nampak tak dua situasi yang berbeza? Intonasi pun main peranan supaya pasangan kita dengar apa yang kita nasihtakan. percayalah serba-sedikit dia boleh menerima. Kalau tak jalan juga, bawa berbincang waktu pillow talk.

via GIPHY

Masa tu, mereka lebih mudah menerima tapi dengan syarat nada suara, intonasi dan emosi kena kawal. Sekarang sudah jelas kan apa yang dimaksudkan kongkong dengan monitor? Selamat mencuba!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kalau Tak Nak Tergelincir Jatuh, Elakkan ‘Posisi Shower’ Ini Dengan Pasangan

Sebelum Seronok Timang Anak Pertama, Minta Si Suami Ambil Tahu Cara Cuci Uri Dengan Betul

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna