Komen Netizen Yang Mencuit Hati Tentang Pakaian Artis Pada Malam AJL33

Bukan senang nak jadi selebriti ni tau. Segala tindak-tanduk serta pakaian yang dilakukan menjadi perhatian ramai netizen. Itulah yang terjadi pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) semalam. Pelbagai fesyen unik dan menarik digayakan barisan selebriti tempatan dan sebahagiannya mendapat kritikan yang lucu daripada netizen.

Antaranya ialah:

Sufian Suhaimi

Menggayakan jaket warna emas dengan seluar hitam yang formal.

Namun, penampilan penyanyi Sufian Suhaimi dikatakan seperti penjaga keselamatan dan juga pembalut coklat Ferrero Roche. Netizen Malaysia ni ada je tau imaginasi mereka!  

Ifa Raziah

Penyanyi veteran dangdut ini hadir ke AJL33 dengan busana berwarna biru dari atas sampai ke hujung kaki dengan warna solekan juga berwarna biru telah melengkapkan gayanya.

Malangnya, penampilan yang dibawakan oleh Ifa Raziah pada malam AJL33 dihentam ramai apabila rata-rata netizen mengatakan gaya penyanyi tersebut seperti Sajat dan Safiey Ilias.

Zizi Kirana

Penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini menggayakan busana bertemakan warna AJL33 sendiri iaitu ungu dan biru. Gayanya menarik ditambah dengan aksesori tali hitam dililit pada bahagian pinggangnya yang menaikkan seri baju.

 

Seperti biasa, pasti ada je tak kena di mata netizen kerana ruangan komen dibanjiri dengan kutukan. Antaranya mengatakana Zizi seperti salah satu watak dalam kartun bersiri Dragon Ballz.

Wany Hasrita

Siapa tak kenal dengan penyanyi Wany Hasrita? Lagu yang dibawakan semuanya pasti menjadi trending! Pada malam AJL33, Wany memakai busana merah seakan mengambil aura Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ya, netizen tetap netizen. Walaupun tudung labuh dan pakaian tidak ketat, Wany tetap di kecam kerana memakai busana seperti pergi latihan tarian singa. Lucu betullah!

 

Itulah antara barisan penyanyi yang dikecam teruk pakaian mereka selain daripada suara sumbang. Jadi, kepada  pembaca Donna yang sedang impikan menjadi artis, pastikan ketahanan mental anda kuat dengan kutukan netizen. Hiks!

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna