Kolagen Ibarat Suntikan Maut? Pakar Dedah Payudara Boleh Bengkak Dan Bernanah!

Sometimes, nak cantik punya pasal, kaum wanita ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyuntik tubuh badan sendiri dengan bahan kimia yang hanya berkesan sementara. Tidak cukup dengan itu, risiko untuk membahayakan nyawa pun sanggup dihadapinya! Kaum wanita ni memang tidak dinafikan mempunyai obsesi untuk kelihatan cantik.

Walaupun sudah diceritakan risiko dan kesan yang buruk boleh mendatang dalam jangka masa yang panjang, tetap juga mahu disuntikkan diri dengan bahan-bahan tersebut.

via GIPHY

Kadang-kala kita perlu berfikir sejenak tentang kesan yang bakal dihadapi masa hadapan. Pada mulanya memang lah tak nampak atau merasakkan apa-apa, tapi mampu ke untuk melawan risiko yang boleh membahayakan kesihatan?

Sebelum Donna membuat keputusan untuk menyuntik tubuh badan seperti payudara dan bahagian lain, Donna nak sarankan korang untuk berfikir terlebih dahulu dan baca ni dulu!

Prof Madya Dr Radhiana Hassan merupakan seorang Pakar Radiologi Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menyatakan kolagen yang dihasilkan mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan wanita.

Foto:www.mediviron-uoa.com

Lagi-lagi suntikan kolagen pada bahagian payudara boleh menyebabkan ia menjadi bengkak dan bernanah! Begitu sekali teruknya! Ini disebabkan kolagen yang sebati dalam darah tak mampu dikeluarkan dari tubuh wanita.

Sejurus itu, membuatkan tubuh badan itu berisiko untuk mendapat penyakit seperti buah pinggang, paru-paru dan ada juga boleh menyebabkan kematian. OMG!

via GIPHY

Tidak ada satu pun suntikan atau pun produk kolagen yang berfungsi untuk membesar atau menegangkan payudara berdaftar di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan servis membesarkan payudara seperti ditayangkan di media sosial. Tak berbaloi untuk anda spend beratus ringgit demi suntikan tersebut dan pada akhirnya kena bayar bil hospital berpuluh ribu ringgit, malah kesihatan pun terjejas!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Wanista.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna