Kluster Ziarah Raya Dah Mula Muncul

Hati-hati girls! Kluster ziarah raya dah mula muncul..

Kelonggaran beraya pada raya pertama tempoh hari nyata disalah guna oleh sesetengah rakyat apabila masih ada lagi yang mengadakan rumah terbuka tanpa segan silu dan tetap membawa anak kecil beraya walau masing-masing mengetahui betapa tinggi risiko jangkitan kepada kanak-kanak ini.

Walaupun hanya segelintir yang tidak mematuhi SOP, ketahuilah perjuangan ini tidak akan boleh menang tanpa kerjasama semua pihak. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan aktiviti kunjung-mengunjung pada Aidilfitri lalu mencatatkan satu kes positif COVID-19.

Beliau berkata ia dikesan selepas saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 sebelum ini, di Negeri Sembilan.

“Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-7756) di Negeri Sembilan.

Kontak berlaku ketika aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama lalu. Kes berkenaan antara 15 kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara bagi kes jangkitan tempatan baru-baru ini.

Selain kes berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, tiga kes positif di Negeri Sembilan di kesan ketika saringan pusat tahfiz di tiga pusat tahfiz, manakala satu lagi membabitkan saringan penjawat awam di Seremban yang bercadang untuk pulang ke Sabah.

Tugas beralih tangan

Dengan kita kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), rakyat diberi kepercayaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjalani norma-norma kehidupan baru. Kebenaran rentas negeri diberikan agar mereka yang berada di perantauan boleh pulang beraya di kampung berjumpa ibu bapa, namun anda harus ingat bahawa tanggungjawab memastikan ibu bapa anda di kampung selamat daripada jangkitan berada di tangan anda.

Patuhi segala SOP yang telah ditetapkan agar kita bersama mampu menamatkan peperangan terhadap COVID-19.

 

 

Baca juga:

Yang Baru Balik Kampung, Baca Kalori Makanan Raya Ni Dulu Sebelum ‘Terkam’

Buang ‘Tebiat’! Ada Yang Guna Campuran Air Mani Untuk Ubat COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna