“Kita Perempuan Kena Sentiasa Bersedia” – Fasha Sandha

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasangan suami isteri. Pasti ada pasang surutnya dan kita tak akan tahu sampai bila pasangan kita akan terus menyanyangi kita.

Apa yang membuatkan Donna membuka tentang isu ini adalah tertarik dengan coretan padat dari pelakon jelita, Fasha Sandha soal kehidupannya sebagai seorang isteri dan juga janda. Apa Fasha tulis tu? Jom baca coretan Fasha!

View this post on Instagram

Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, Hari pertama kami hidup bertiga 😊 Ramai kata, Fasha,wanita besi. Eh, sejujurnya not all the time jadi besi..there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk) Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers.Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,… teruskan buat apa yg kita suka. Tak semua orang suka kita happy, Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah. Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title. Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu…Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah..Insyaallah. Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa i boleh buat taktau je dan tak layan . Ada masa, perlu lawan , kena lawan. 😁Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.💖EX iSMC(independent single mom club) 📸 @pinography

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Ringkasan…

Dia mengatakan ramai wanita yang menggelar dirinya ‘wanita besi’ dan dia mengakui, dia bukanlah sekuat atau sekeras besi kerana terkadang dia juga pernah menangis kerana terkesan dengan kata-kata dan perbuatan orang. Apa pun, teruskan buat apa yang diri kita suka.

Tambahnya lagi. perempuan mana je yang sukakan rumah tangga mereka bercerai-berai? Semua orang pasti akan cuba sehabis mungkin untuk mempertahankan rumah tangga mereka tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Dia juga merasakan status janda bukanlah satu penghinaan bagi dirinya kerana dia seorang janda yang bekerjaya dan jenis janda yang suka meraih simpati orang lain.

“Jadi perempuan kena la kuat supaya tak ada orang tindas kita. Paling penting sekali, kena bekerja dan simpan duit dalam bank supaya kita tetap bersedia apa juga ujian yang mendatang. Biarkan apa orang nak kata, jangan ambil kisah kerana hidup ni sekejap je. Cuma yakinlah setiap kepahitan yang dilalui pasti akan ada kemanisan,”  tulisnya.

Luahan hati netizen…

Biasalah, bila artis memberi kata-kata semangat dan motivasi khas untuk kaum mereka, ramailah para wanita yang membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pengalaman mereka yang pernah menjadi janda dan melihat orang terdekat mereka menjalani kehidupan status janda.

“You inspired me…”

Malah, ada juga para wanita yang memuji kekuatan dirinya kerana sangat memberi inspirasi kepada diri mereka.

 

Kalau anda semua skrol ruangan komen posting Fasha, anda akan banyak membaca luahan hati wanita yang kita sendiri tak sangka ramai para wanita diuji hebat dalam rumah tangga. Apa pun, sentiasalah redha dan bangkit untuk kuat. Jangan bazirkan setiap saat kehidupan kita untuk menangisi benda yang tidak sepatutnya.

Kami doakan Fasha dan keluarga baru yang dibina ini akan berkekanalan sehingga ke akhir hayat. Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: ‘Memang Susah Nak Jadi Perempuan’ – Neelofa , Cara Fasha Sandha Makan Aiskrim, Buat Netizen Fikir Lain

 

 

 

 

Sumber: instagram Fasha

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna