Kita Bukan Mesin, Berhentilah Layan Manusia Macam Robot!

Manusia ini sifatnya bermacam-macam. Tak ada satu orang pun yang lahir dengan personaliti dan cara berfikir yang sama macam kita. Ada orang yang tak senang duduk kalau bersendirian. Jadi, mereka pun akan jadi lebih bertenaga kalau berjumpa kawan-kawan dan bersembang dengan ramai orang.

Musim Perintah Kawalan Pergerakan ini boleh dikatakan anda fasa mencabar untuk mereka yang suka keluar. Namun, ia juga bagus kerana kita belajar untuk memberi sedikit ruang kepada diri sendiri. Ini kerana, pakar perhubungan David Bennet menyatakan masa terluang ialah waktu yang diuruskan dan diperuntukkan untuk diri sendiri. Bukan orang lain.

Ada banyak cara seseorang itu mengisi dan mewarnai hidupnya. Ia berbeza mengikut kepada citarasa serta gaya hidup seseorang.

BACA: Cari Me Time: Nana Mahazan Kongsi Cara Kurangkan Stres

Sumber: NST

Menurut Jamie Gruman yang juga ahli psikologi dari Kanada menyatakan “me-time” sangat diperlukan bagi memberi peluang kepada diri untuk memaksimumkan hari secara efektif.

Cara nak menggunakan masa dengan efektif ialah dengan melakukan meditasi selama 5 minit atau berjalan 10 minit dan membaca buku selama 15 minit.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, Gruman juga menyarakan agar kita meluangkan masa untuk bersantai dan mengumpulkan kembali energi.

“Manusia bukan mesin. Kita tak boleh berterusan dan selalu aktif. Kita memerlukan rehat  untuk mendapatkan kehidupan yang sihat, lengkap dan sejahtera,”katanya.

Jadi, kalau mengikut kepada apa yang dikatakan pakar. Normal untuk manusia berasa letih dan ada masanya kita tidak produktif. Tapi tak boleh lama-lama. Kena cari jalan untuk bangit semula. Sebab itu anda kena kenal pasti apakah perkara yang boleh membuatkan anda lebih bertenaga.

BACA: Raya Seorang Diri? Tak Ada Masalah, Ini Checklist Untuk Anda

Kita semua berhak mendapatkan waktu untuk diri sendiri. Tapi ingat, tak elok tau setiap masa bersendirian. Kena juga berkomunikasi dengan orang lain. Jadi, apa yang anda akan buat sewaktu me-time?

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna