Bini Ada 4 Tapi Hanya 1 Sahaja Yang Setia Ketika Sakit Terlantar

Poligami bukanlah merupakan sesuatu yang salah dan ditentangkan sepenuhnya oleh kaum wanita. Bukan mereka tidak tahu ia merupakan salah satu hukum yang ada dalam islam. Siapa kita mahu menentang hukum Tuhan? Ha, kalau itu pun tak sedar lagi tak tahulah nak terangkan macam mana lagi.

Sebuah kisah benar yang berlaku berkaitan dengan lelaki yang berpoligami yang mempunyai empat orang isteri dan hanya seorang sahaja yang setia menjaga lelaki tersebut setelah beliau terlantar sakit di hospital.

Masa muda, masa gagah, masa ada harta jangan lupa diri!

Peringatan ini dikongsi oleh seorang doktor yang merawat dan bekerja di sebuah hospital. Hanya seorang sahaja isteri yang tidak pernah jemu menziarahi dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Masa muda,masa gagah,masa ada harta jangan lupa diri!

Kasihan pula tengok makcik ini setiap hari datang melawat pakcik…

Posted by Ahmad Samhan on Saturday, 30 May 2020

 

Masa muda, masa gagah, masa ada harta jangan lupa diri!
Itulah pesanan yang dikongsikan oleh Doktor Ahmad Samhan di laman akaun Facebook miliknya. Setiap hari seorang isteri yang sama akan datang melawat suaminya yang digelar pakcik Ismail. Tak pernah satu hari pun isteri yang sama itu terlepas datang dan menyuapkan makanan. Bukan itu sahaja, badan pakcik Ismail juga dilap dan diurut dengan lembut.
Lelaki yang terlantar sakit itu dahulunya dikatakan seseorang yang mahir dalam dunia perniagaan. Hidupnya senang sehinggakan mampu untuk berkahwin 4. Hasil perkahwinan itu pula membuahkan 10 orang anak dan apabila ditanya, mereka semua tidak lagi mengendahkan keadaan pakcik Ismail setelah beliau jatuh sakit.
Selain dari itu, Pakcik Ismail dikatakan tidak lagi mempunyai harta yang banyak dek kerana habis membayar hutang. Tambahan pula lagi perniagaannya juga semakin jatuh.
Doktor itu dikatakan sempat berbual sebentar dengan makcik tersebut dan makcik itu pula memberikan gambaran serba sedikit sejarah hidup mereka. Anak-anak yang masih muda itu mula kehilangan respect terhadap bapa mereka kerana sanggup menikah yang lain.
Perselisihan sebentar di antara isteri pakcik Ismail dan juga doktor tersebut turut membongkarkan bahawa isterinya yang lain memang sudah tidak menghiraukan keadaan pakcik Ismail ini. Hanya isteri pertamanya sahaja yang sanggup menabur bakti dengan ikhlas.
Makcik tersebut menceritakan anak-anak mereka mula merasakan perasaan benci akan bapa mereka kerana sanggup menikah yang lain ketika hidup senang. Yang masih setia hanyalah isteri pertama dari sama-sama susah menaikkan bisnes sehinggalah mereka berjaya.

via GIPHY

 

Doktor Ahmad Samhan mengambil iktibar akan betapa adanya suami yang mudah lupa akan orang terdekat apabila hidup menjadi senang. Kita senang lupa akan sesiapa yang berada dengan kita yang sentiasa memberi sokongan dalam menaikkan taraf hidup.
Wajarkah apabila sama-sama berusaha memberi sokongan dan menyokong dalam setiap langkah sehingga berjaya, dan kejayaan itu dianggap semuanya hasil seorang diri? Kadang kala senang benar manusia lupa akan sokongan yang diterima sepanjang kesusahan untuk mencapai kejayaan diri.
Jadikanlah kisah ini sebagai satu pengajaran untuk semua. Bagi lelaki yang sering memandang isteri itu sebagai seorang yang tidak lagi cantik di mata, seperti zaman bercinta dahulu, ketahuilah betapa cantiknya keihklasan yang ada dalam dirinya.
Sumber:Mstar

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna