Kisah Benar, Anak Berisiko Jadi Pembunuh Jika Selalu Tonton Cerita Ganas

Adakah tuduhan ini terlalu kasar dan melampau atau pahit untuk ditelan kerana ia adalah benar?

Sedihnya ini yang berlaku baru-baru ini apabila seorang remaja bertindak membunuh hanya kerana dirinya ketagih dengan filem seram dan ganas.

Kes ini berlaku di Jakarta apabila seorang remaja perempuan tergamak membunuh kanak-kanak berumur enam tahun dipercayai kerana terpengaruh dengan babak ngeri dalam filem seram kegemarannya. CNN Indonesia melaporkan suspek yang berusia 15 tahun itu membunuh budak perempuan itu di sebuah rumah dekat kawasan Sawah Besar di sini.

Wajah remaja tersebut. Sumber: Hmetro

Ketika kejadian, suspek dilaporkan meminta bantuan mangsa untuk mengambil alat permainan yang terjatuh di dalam tab mandi. Dia kemudian bertindak membunuhnya sebelum menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari.

Bagaimanapun, suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Daerah Metro Taman Sari Jakarta Barat.

Puas dapat bunuh mangsa

Ketika itu, dia dalam perjalanan ke sekolah. Suspek berkata, dia tidak menyesal sebaliknya puas kerana dapat membunuh mangsa yang juga jirannya.

“Pelaku dalam keadaan sedar mengakui membunuh dan tidak menyesal tetapi puas dengan perbuatannya itu.

“Namun, siasatan lanjut perlu dijalankan dengan bantuan pakar psikiatri bagi memeriksa sama ada suspek mempunyai masalah jiwa atau sebaliknya,” kata Ketua Polis Jakarta Pusat, Komisaris Besar Heru Navianto.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Yusri Yunus berkata, suspek mengakui gemar menonton filem seram, salah satunya Chucky dan manakala Slender Man adalah karakter kegemarannya.

“Berdasarkan soal siasat, suspek mengakui pernah menyimpan keinginan untuk membunuh sebelum ini tetapi dipendam sehingga pada hari kejadian,” katanya. Polis sudah mengumpul bahan bukti seperti peralatan digunakan untuk membunuh dan gambar serta catatan harian suspek bagi melengkapkan siasatan.

Bukan semua filem sesuai untuk kanak-kanak!

Tidakkah ibu bapa faham akan hal ini? Sememangnya bukan semua filem yang ditayangkan adalah sesuai untuk anak anda! Ada sebab mengapa sesetengah filem dikategorikan dengan kod-kod  rating tertentu:

U : Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem ini memaparkan nilai-nilai murni, sopan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

PG13 : Kategori ini untuk tontonan golongan yang berumur 13 tahun dan ke atas. Penonton yang berumur 13 tahun ke bawah perlu bimbingan ibu bapa atau penjaga. Filem ini mengandungi sedikit unsur-unsur ganas atau seram.

18 : Kategori ini untuk golongan berumur 18 tahun dan ke atas. Filem ini mengandungi unsur-unsur ganas dan seram dan seks yang tidak keterlaluan atau pun yang menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik.

Kawal sebelum terlambat, itu yang dapat kami tekankan di sini kerana kanak-kanak amat memerlukan bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga. Setiap filem berunsurkan seram atau ganas mampu memberi impak negatif terhadap pembentukan sahsiah diri mereka. Jika sejak kecil kanak-kanak ini didedahkan dengan perkara negatif, itulah yang akan ditiru oleh mereka. Bayangkan jika sejak awal, tiada pendedahan terhadap filem-filem seram dan ganas tersebut, adakah anda rasa remaja itu terfikir untuk bertindak sedemikian?

 

 

 

Baca juga:

Bagi Gajet Supaya Anak Leka? Ibu Bapa Dedah Risiko Rabun Kepada Anak-Anak

Ibu Hilang Akal Sanggup Gantung 2 Orang Anak!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna