“Kini Peningkatan Kes COVID-19 Disebabkan Warga Asing,” – KKM

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan jumlah keseluruhan kes baru COVID-19 pada 27 Mei. Jumlah tersebut beri berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia kerana angka telah berkurang kembali kepada dua angka.

Jumlah dari laporan KKM semalam menunjukkan terdapat 15 kes baru dan 49 kes sembuh tapi ini bukan satu tiket untuk kita semua boleh beraya sakan pada Syawal seterusnya ye!

Sumber: KKM

Peningkatan disebabkan warga asing?

Menurut laporan KKM menerusi laman Facebook mereka, peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesanan kes-kes COVID-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia.

Cuma, di DTI Semenyih mencatatkan 1 kes positif membabitkan warganegara Malaysia, iaitu seorang pegawai tadbir di Depoh tersebut. Beliau kini dirawat di hospital. KKM akan lakukan Active Case Detection terhadap kontak rapat dan juga mereka yang pernah berurusan dengan beliau.

Sumber: facebookkkm

Laporan penuh dari KKM…

Tapi, kalau nak dibandingkan dengan jumlah kes pada 26 Mei lalu, sebanyak 173 kes saja adalah bukan warganegara daripada 187 kes. Ini menunjukkan perkembangan positif dari langkah pihak kerajaan.

Berikut adalah laporan penuh dari pihak KKM semalam tentang perkembangan COVID-19.

MASYARAKAT HARUS WASPADA TERHADAP PENURUNAN KES TEMPATAN COVID-19Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, May 27, 2020

Ragam rakyat Malaysia sendiri…

Rentetan itu, kerajaan akan menghantar PATI ke tempat mereka semula tapi kita tidak boleh berada di zon selesa kerana pada minggu perayaan Aidilfitri baru-baru ini sebanyak 18,303 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

Ditambah pula, ada sesetengah rakyat Malaysia yang berkeras ingin mengadakan rumah terbuka dan perkumpulan beramai-ramai lebih dari 20 orang dalam satu rumah dan tindakan terhadap mereka yang degil ini sudah dikenakan hukuman yang sepatutnya.

Syabas diucapkan kepada pihak PDRM atas usaha ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

1044 PATI Indonesia Dihantar Pulang, Kini Seramai 416 Warga Asing Positif COVID-19

Kerajaan Sekat Kemasukan Warga Asing, Kini Gelandangan Bakal Diserap Bekerja

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna