Khiriah Kongsi Pengalaman Penghijrahan Berhijab

Watak Aisyah yang dipegang oleh pelakon Nur Khiriah menerusi drama Nur telah pun menjadikan namanya disebut-sebut dalam dunia industri setelah sekian lama berdiam diri. Lagipun bakatnya dalam mendalami watak sangat hebat! Mana tidaknya, hampir 2 dekad dirinya bergelar anak seni.

Kepada yang mengikuti perkembangan Khiriah sejak awal penglibatannya dalam dunia seni, pasti mengetahui cara dirinya berpakaian. Seksi dan tidak berhijab tapi kini dirinya sudah berubah 360 darjah. Penampilannya berhijab labuh, dari atas sampai bawah di tutup dengan sempurna.

Perkongsian Khiriah…

Menerusi satu posting di laman Instagram miliknya, pelakon berbadan genit ini mengaku dirinya masih banyak lagi perkara yang harus diperbaiki dan telah berkongsi detik penghijrahannya saat dirinya berniat untuk mengambil keputusan untuk berlitup penuh.

Perkongsian dari netizen…

Pengikutnya juga turut berkongsi kisah di ruangan komen bila dirinya ingin membuat perubahan.

Bukan mudah kita nak berubah dengan ikhlas dan terus istiqamah. Akan datang beribu ujian untuk Tuhan lihat adakah perubahan kita ni, benar-benar keranaNya atau untuk meraih pujian manusia.

Semoga kita semua diberikan hidayah sebelum di ambang maut tapi dengan didikan agama sejak dari kecil, semoga kita boleh berfikir menggunakan akal yang waras dalam segala tindakan yang kita lakukan. Semoga Khiriah terus istiqamah.

Cara Khiriah menggayakan hijab

Pada mereka yang ingin ikut cara Khiriah menggayakan tudung, lihat je video di bawah. Ada dua cara, satu cara menggunakan pin, satu lagi cara melilit tudung tanpa menggunakan pin. Selamat mencuba!

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

3 Artis Hijab Ini Kongsi Cara Mereka Menjaga Rambut ,

Memilih Untuk Belajar Semua Agama, Akhirnya Pasangan Ini Masuk Islam

 

 

 

 

Sumber: ig khiriah

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna