Khasiat Bunga Cengkih Mampu Atasi Masalah Sakit Gigi

Bunga cengkih selalu digunakan dalam masakan tetapi ia juga dijadikan sebagai ubat bagi merawat beberapa masalah kesihatan yang anda alami seperti sakit gigi. Bila sakit gigi, sampai nak buat kerja pun tak boleh nak focus betul tak? Sebenarnya bunga cengkih atau nama saintiknya dikenali sebagai eugina aromaticum  yang mengandungi vitamin C, magnesium dan fiber yang tinggi.

Related image

Sumber : go-dok 

Kalau dah sakit gigi bagi makanan sedap pun, mesti tak lalu nak makan kan? Haa cuba anda jadikan bunga cengkih sebagai alternatif bagi merawat masalah gigi anda. Cengkih sebenarnya merupakan rempah asli Indonesia yang berasal dari Kepulauan Maluku. Siapa yang pernah gigit cengkih ini pasti rasanya sedikit pedas dan manis di hujung. Ia bertindak untuk melegakan sakit gigi dan bengkak gusi dengan cara ambil 10 hingga 15 butir cengkih , tumbuk halus dan sapu pada bahagian yang sakit.

Related image

Sumber : HelloSehat

Masalah gigi berlubang sering dialami oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Bunga cengkih boleh membantu untuk mengurangi rasa sakit pada gigi berlubang. Cengkih ditumbuk halus dan campurkan air panas bersama kemudian jadikan ia sebagai ubat kumur anda.

Selain khasiat vitamin C dan vitamin K yang terkandung dalam cengkih, ia juga mempunyai antioksidan yang tinggi. Minum air cengkih pada setiap pagi mampu menghindarkan diri anda daripada kanser mulut.

Image result for cengkih

Sumber : KhasiatCengkih

Ini kerana antioksidan yang tinggi mampu mengatasi zat radio aktif yang mampu untuk merosakkan sel-sel pada tubuh badan anda. Memiliki gigi yang sihat pasti menjadi idaman untuk semua wanita, jadikan cengkih sebagai petua untuk menjaga kesihatan gigi anda. Semoga tip Donna ini dapat memberi anda manfaat dan selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Sumber :  MerahPutih  Manfaat   

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna