Khasiat Buah Mangga Yang Ramai Belum Tahu

Buah pisang adalah antara buah yang sering menjadi bualan bila membincangkan tentang khasiat. Kadang tu, pagi-pagi lagi dah sarapan buah pisang bila nak ke tempat kerja. Tapi, tahukah anda buah tempatan yang lain pun ada juga khasiatnya. Misalnya, buah mangga. Ha.. Mesti tak ramai yang ambil tahu khasiat buah mangga ni kan?

Warna kuning keemasan yang berbau manis dan rasanya yang pelbagai mengikut jenis, mampu menaikkan selera si penggemar mangga. Kalau dapat makan aiskrim dengan potongan dadu mangga ni, aduh! Sedapnya… Tak apa, terlebih dahulu jom kita lihat dulu kelebihan makan buah mangga.

via GIPHY

Kandungan gizi buah mangga…

  1. 100 gram kalori
  2. 1 gram protein
  3. 0.5 gram lemak
  4. 25 gram karbohidrat (23 gram gula dan 3 gram serat)
  5. 100% vitamin C, 35% vitamin A, 20 % folat, 10% vitamin B-6 dan 8% vitamin K dan potassium.
  6. Tembaga, kalsium dan zat besi, serta antioksidan seperti zeaxanthin dan beta karoten.

Dengan kandungan yang terdapat dalam mangga ni dapat memberi manfaat untuk kesihatan badan. Antaranya…

Mengelakkan kanser

Bukan dah dapat kanser, baru nak makan buah mangga. Tidak. Sebaiknya, sebelum anda menghidapi penyakit kanser lagi anda perlu makan buah mangga. Tak perlu hari-hari, cukup seminggu sekali.

Sumber: pa&ma

Ini kerana kandungan vitamin A boleh mengelakkan anda terkena penyakit kanser paru-paru dan mulut. Selain itu, kandungan fiber yang ada pada mangga pula dapat menghalang sel-sel kanser  dari bergerak aktif.

Bagus untuk penyakit diabetis

Isi mangga dapat mengawal kandungan tahap gula dalam badan kita kerana ia mempunyai gizi polyfenol di mana dapat mengurangkan tahap gula dalam badan.

via GIPHY

Baik untuk mata

Berita baik kepada yang mengalami buta malam atau sering merasa kering pada biji mata kerana vitamin A yang ada pada mangga dapat memberi mineral yang secukupnya pada bebola mata serta memberi kesegaran pada mata.

via GIPHY

Mengelakkan dari strok haba

Selain daripada makan mangga begitu saja, membuat jus mangga adalah cara lain untuk menikmati kemanisan mangga. Jadi, sangat bagus jika diminum ketika cuaca panas untuk mengalakkan daripada terkena strok haba.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan buah mangga. Iyalah, makanan alam semulajadi apa je yang tak berkhasiat? Kita sendiri yang memilih sama ada untuk berusaha memiliki tubuh badan yang sihat atau tidak. Okaylah, nak pergi beli buah mangga, bye!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Cashzine

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna