Khasiat Brokoli Baik Untuk Tubuh Anda

Anda seorang yang gemar makan sayur tak? Sudah tentu khasiat sayuran dapat menjaga kesihatan tubuh badan anda. Mungkin ada di antara anda yang masih belum tahu bahawa brokoli sebenarnya berasal daripada tanaman kubis yang mengandungi nutrisi iaitu fitronutrien. Ia mengandungi vitamin, mineral dan mikronutrien yang dapat menjaga tubuh badan anda.

Image result for brokoli

Sumber : Hellosehat

Jika anda makan brokoli dalam jumlah satu gelas setiap hari ia dapat mencegah badan anda daripada mendapat kanser. Ini kerana brokoli mempunyai zat anti kanser di mana ia mengandungi vitamin A,C dan E. Bukan itu sahaja kandungan nutrisi ini mampu bertindak sebagai antioksidan dan mencegah proses inflamasi pada sel yang merupakan tahap awal untuk seseorang itu menghidap kanser.

Related image

Sumber : newsmedia

Siapa ada masalah alergi? Brokoli adalah sayuran paling sesuai untuk anda makan kerana kandungan vitamin C mampu mengurangi racun dalam darah yang menyebabkan ruam dan gatal-gatal. Ia bertindak untuk detofisikasi tubuh kerana menganungi sulfur yang tinggi untuk mencegah badan anda mendapat sebarang penyakit.

Related image

Mesti anda selalu dengar nak kulit cantik kena banyak makan sayur dan buah-buahan. Haa dengan makan brokoli ia mampu meningkatkan kesihatan kulit. Ini kerana vitamin B dan E yang terkandung membantu menggantikan sel kulit yang rosak. Jika anda sering terdedah pada matahari, fitonutrien akan bertindak untuk mengelakkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Lepas ni anda boleh jadikan brokoli sebagai makanan rutin yang dapat membantu menjaga kesihatan anda dan anak-anak.

 

 

 

 

Sumber : hellosehat

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna