Khas Untuk Wanita ‘Busy’, Ini Kuih Raya Ekspres Yang Mudah & Sedap

Bukan apa, yang malasnya nak ‘baking’ tu. Lepas tu nanti kuih pulak tak menjadi. Kan dah rugi…”

Biasalah bila tak selalu buat kuih raya, mesti rasa tak yakin dengan diri sendiri. Lagi-lagi para wanita bekerjaya yang ada anak tu, 1001 alasan dia bagi nak mengelak dari buat kuih raya. Mana taknya, tak menang tangan nak uruskan anak, kemas rumah, masak, alih-alih kuih pun jadi bentuk pelik dan yang lagi sedih tu, kuih raya hangit!

Satu hal pula membazir buang kuih tak jadi tu. Ha.. Mulai hari ni, jangan risau atau pening-pening kepala dah nak fikir adunan menjadi ke tak sebab kami akan kongsikan senarai kuih raya yang mudah, sedap dan yang paling bestconfirm jadi kalau buat walaupun tak pernah buat kuih raya.

Madu Cornflakes

Sumber: siraplimau

Bahan-bahan

  1. Mentega 100 gram
  2. Madu 100 gram
  3. Gula 2 sudu besar
  4. Cornflakes sekotak
  5. Mangkuk kertas

Cara penyediaan

  1. Cairkan mentega dengan madu. Bila dua bahan ini sudah sebati, masukkan gula 2 sudu besar.
  2. Pecah-pecahkan kepingan cornflakes. Pastikan jangan terlalu lumat.
  3. Masukkan cairan mentega dan madu tadi ke dalam pecahan cornflakes.
  4. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Masukkan sebatian tadi ke dalam mangkuk kertad dan bakar dalam suhu 170 selama 10 minit.
  6. Hidangkan!

Biskut Coklat Nestum Oreo

Sumber: pinterest

Bahan-bahan

  1. Coklat hitam 250 gram
  2. Mentega satu buku
  3. Nestum original 200 gram
  4. 1/2 paket Oreo tanpa krim yang telah dikisar kasar
  5. Mangkuk kertas

Cara penyediaan

  1. Cairkan coklat dan mentega melalui kaedah double boiler (kaedah mengukus di mana coklat tak dipanaskan direct atas api tapi di atas rebusan air yang mendidih.
  2. Masukkkan nestum dan biskut oreo yang sudah dikisar kasar tadi ke dalam adunan coklat dan mentega.
  3. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk kertas
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan mengeras.
  5. Hidangkan!

Mudah je kan resepi kuih raya ni. Walaupun ringkas tapi rasanya sedap sangat. Rugi kalau tak cuba!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna