Khas Buat Ibu Berpantang, Resepi Ikan Stim Pembangkit Selera

Bukan senang seorang wanita nak kembalikan tenaga selepas bergelut untuk melahirkan bayi. Sebenarnya tempoh paling penting untuk si ibu jaga adalah waktu berpantang. Bukan hanya dengan bertungku, berurut dan tangas tapi pemakanan juga perlu dititiberatkan. Biasalah, tekak ibu berpantang kadang-kadang berubah-ubah, tapi tak semua makanan boleh dimakan.

Haa jadi disebabkan itu kali ini Donna akan berkongsi resepi khas untuk ibu berpantang, iaitu Ikan Stim yang mampu membangkitkan selera makan anda dan dalam masa yang sama ia sedap, jom lihat resepi di bawah!

Related image

Sumber: nurfurzie

Bahan-bahan:

Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis
Daun ketumbar
Garam
Gula

Cara Penyediaan:

Letakkan kesemua bahan atas ikan, dan kukus sehingga masak.

Tak sampai 10 minit dah siap! Mudah kan, siapa kata lauk berpantang ni tak sedap, bukan setakat sedap je tapi aroma ikan stim tu mampu menaikkan selera makan anda. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan pasangan yang menimang cahaya mata.

 

 

 

 

Sumber: siakapkeli

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna