Ketika Artis Minta Sumbangan, Banduan Di Penjara Sibuk Siapkan PPE Untuk Frontliners

Kesalahan yang pernah dilakukan bukanlah bermakna hidup kita musnah sama sekali.

Selagi masih bernyawa, kita mempunyai pilihan dan peluang untuk memperbaiki diri dan berbakti kepada keluarga dan orang lain.

Ketika kita semua sedang bergelut menangani penularan wabak COVID-19, 18 banduan di Penjara Penor, Kuantan bertungkus lumus menyiapkan PPE yang bakal diguna orang anggota barisan utama di hospital.

Bayangkan, bermula jam 9 pagi banduan ini mengukur, memotong dan menjahit PPE dari 2,000 meter meterial. Hasil jahitan kemudian akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk diagihkan.

Apa yang lebih mengagumkan ialah para banduan ini tak mengambil masa yang lama untuk memahami kaedah jahitan PPE kerana sudah mahir mengendalikan mesin jahit.

Menurut seorang banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Man, dia rasa berbangga kerana dapat membantu kakitangan hospital.

“saya bangga juga kerana masih dapat membantu walaupun dari penjara.

“Sumbangan saya tidak besar, namun saya harap ia boleh melindungi kakitangan kesihatan yang sedang berjuang,” katanya.

Kisah ini kemudian menjadi bahan mulut netizen di laman sosial dan memuji usaha para banduan untuk membantu negara.

Ada juga yang menyindir golongan artis dan meminta mereka mencontohi para banduan ini.

Inilah semangat yang perlu kita contohi. Waktu inilah kita saling berganding bahu untuk mendepani COVID-19. Tahniah dan terima kasih kita ucapkan kepada banduan yang bertungkus lumus membantu anggota barisan hadapan. Tahniah!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna