Ketahui Ubat Yang Di Bolehkan & Tidak Ketika Sedang Berpuasa

“Doktor, ubat saya macam mana masa puasa Ramadan?”

Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat tertentu semasa berpuasa. Iyalah, ibadat puasa diwajibkan untuk berpuasa pada bulan Ramdan kepada yang berkemampuan. Dosa besar jika mereka gagal melaksanakan tuntutan agama tanpa sebab yang kuat.

Untuk pengetahuan anda, golongan yang tidak digalakkan berpuasa seperti wanita mengandung atau menyusukan bayi, orang yang bermusafir, lanjut usia dan mereka yang sakit. Tapi, tahukah anda terdapat pengambilan ubat yang tidak membatal puasa. Mesti anda terkejutkan?

via GIPHY

Bagi menyelesaikan kemusykilan ini, berikut adalah pengetahuan ringkas untuk anda fahami berkenaan status batal atau tidak puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa. Perkongsian ini dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui media sosial.

Bagaimanapun, untuk pengambilan ubat sekali sehari selepas makan pula, pesakit digalakkan mengambil ubat sejurus selepas bersahur pada awal pagi (sebelum tamat tempoh sahur) atau selepas berbuka. Bergantung kepada kebiasaan pesakit sebelum ini samada menjadi kebiasaan mengambil pada waktu pagi atau petang.

Ubat pil 2 kali sehari selepas makan

Berkenaan dengan pengambilan ubat dua kali sehari selepas makan pula (iaitu kebiasaanya mengambil ubat pada awal pagi dan lewat petang), pesakit perlu mengambil ubat sejurus selepas bersahur dan mengambil ubat selepas berbuka. Pastikan pesakit sentiasa membawa ubat di dalam beg sekiranya berbuka puasa di luar.

via GIPHY

Ubat pil 2 kali sehari sebelum makan

Untuk pengambilan ubat dua kali sebelum makan, pesakit perlulah mengambil ubat tersebut sekitar 20 minit sebelum bersahur dan mengambil ubat selepas berbuka ringan dengan kurma. Pastikan jarak sekitar 20 hingga 30 minit sebelum berbuka makanan utama.

Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak diingini dan pastikan anda sudah dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat-ubatan. Selamat beramal!

Sumber: KKM

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna