Ketahui Tindakan Dungu Yang Mampu Buat Rumah Tangga Rosak

Pergaduhan dalam rumah tangga sebenarnya bagus untuk mematangkan dua individu untuk berusaha memperbaiki diri. Erti kata lain, pergaduhan adalah salah satu cara terbaik untuk belajar melengkapi pasangan,” – Pakar Kaunseling Hubungan Dr. Judith Wright.

Ya, memang benar kerana dalam rumah tangga tiada yang indah seperti yang disangkakan dan bukan juga satu gerbang kehidupan yang malang. Bukan apa, ada sesetengah daripada kita mempunyai mentaliti di mana perkahwinan akan berakhir dengan penceraian. No!

Sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri bagaimana nak mempertahankan sesebuah hubungan supaya kekal lama seperti dimetrai pada awal percintaan. Bukan apa, kadang-kala tanpa kita sedar perbuatan sebesar zarah boleh mengakibatkan hubungan yang toksik dalam jangka masa yang panjang.

via GIPHY

Nasihat dari Pakar…

Nak ke? Siapa je yang nak? Ha, jom lihat senarai tindakan dan perbuatan yang dungu sehingga boleh merosakkan hubungan suami isteri. Perkongsian ini dibuat dari Pengkaji dari United Kingdom Pakar Kaunseling Hubungan, Dr. Judith Wright.

Tidak bekerjasama

Semua pasangan pasti pernah mengalami situasi masing-masing merasakan mereka lebih banyak melakukan kerja rumah berbanding pasangan. Sampaikan merasa fade up dek kerana bebanan kerja di pejabat dan rumah.

Waktu ni, mulalah timbul ungkit-mengungkit dan pergaduhan walaupun benda kecil. Daripada bergaduh, apa kata bawa berbincang untuk pengagihan kerja untuk sama-sama.

via GIPHY

Lebihkan keluarga dulu…

Ingat! You guys dah berkahwin dan tanggungjawab anda bukan lagi pada keluarga tapi pasangan yang bawa ke kehidupan baru. Terutama mereka yang bergelar isteri, ambil tahu mana satu yang perlu diutamakan.

Nampak kecil tapi percayalah lama-kelamaan akan timbul perbualan “Awak lebihkan keluarga awak, tak apa pula?” gotcha! Ini yang kita tak mahu. Sebelum perkara ini terjadi, kenal pasti tanggungjawab anda sebenar, okay?

via GIPHY

Sebenarnya ada banyak lagi punca pergaduhan kecil yang boleh membuatkan hubungan rumah tangga anda rosak jika dibiarkan lama. Untuk hubungan kekal lama, komunikasi apa yang anda rasa tidak suka dan cari jalan penyelesaian. yang terbaik.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kalau Tak Nak Tergelincir Jatuh, Elakkan ‘Posisi Shower’ Ini Dengan Pasangan

4 Perkara Untuk Hangatkan Lagi Sesi Bulan Madu Anda Bersama Pasangan, Jom Cuba!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna