Ketahui Sunnah Nabi Muhammad Yang ‘Simple’ Tapi Kita Jarang Buat

Negara rahmah, ummah sejahtera,”

Itulah tema Maulidur Rasul 2019 yang juga merupakan tema yang sama digunakan ketika sambutan Maal Hijrah 2019. Seperti biasa, Maulidur Rasul disambut penuh pengisian dengan pelbagai program bagi melahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Bukan itu saja, dalam kehidupan seharian kita selain dari hari Maulidur Rasul juga disunatkan untuk mengikut segala sunnah baginda.

Namun, tidak dinafikan masih ada segelintir daripada kita tak tahu ataupun dah tahu sunnah Nabi tapi malangnya jarang kebanyakan kita amalkan. Sunnah Nabi sering menjadi ikutan masyarakat kini lebih-lebih lagi kaum lelaki adalah kahwin empat. Sunnah yang lain, semua kelaut! Macam mana tu?

Sebaiknya, amalkan sunnah baginda yang lain juga. Kepada yang masih lagi tak tahu apa sunnah-sunnah lain yang boleh kita amalkan, jom lihat 50 senarai sunnah Nabi yang simple tapi jarang kita buat.

  1. Tidur dalam keadaan berwuduk
  2. Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur
  3. Takbir dan tasbih ketika di tempat tidur
  4. Berdoa pada waktu malam
  5. Membaca doa ketika bangun daripada tidur
  6. Berkumur dan menyedut air ke dalam hidung dari satu cedukan sebelah tangan
  7. Berwuduk sebelum mandi
  8. Baca doa selepas wuduk
  9. Selepas wuduk solat sunat dua rakaat
  10. Menjawab seruan azan
  11. Bersugi setiap kali ingin mendirikan solat 5 waktu
  12. Pergi awal ke masjid
  13. Berjalan kaki ke masjid
  14. Hadir solat dengan tenang
  15. Doa ketika masuk dan keluar masjid
  16. Melakukan Solat Sunat Rawatib
  17. Melakukan solat Dhuha
  18. Menziarahi pesakit
  19. Melakukan solat Witir
  20. Menghilangkan gangguan jalan
  21. Solat Istikharah
  22. Wangi-wangian pada hari Jumaat
  23. Hadir awal untuk solat Jumaat
  24. Mencari masa mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat
  25. Pergi dan balik solat dari masjid dengan menggunakan jalan berbeza
  26. Bersama-sama solat untuk jenazah
  27. Membunuh cicak
  28. Bangun sahur
  29. Menyegerakan waktu berbuka puasa
  30. Menghidupkan bulan Ramadhan
  31. Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal
  32. Puasa tiga hari setiap bulan
  33. Memperbanyakkan lakukan amal soleh pada 10 Zulhijjah
  34. Bersedekah
  35. Pilih seorang ketua ketika bermusafir
  36. Menjauhi marah
  37. Membaca doa ketika memakai baju baru
  38. Mula dengan kaki kanan apabila memakai selipar atau kasut
  39. Baca Bismillah sebelum makan
  40. Mengucapkan Alhamdulillah selepas makan
  41. Minum dalam keadaan duduk
  42. Berkumur selepas minum susu
  43. Tak mencela makan
  44. Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  45. Baca Al-Quran dengan suara yang baik
  46. Zikir kepada Allah bila waktu lapang
  47. Mendoakan orang yang bersin
  48. Mendoakan untuk pesakit
  49. Berdoa ketika hujan turun
  50. Menimba ilmu

Sebenarnya ada banyak lagi sunnah Nabi tapi cuba pada awal ni kita praktikkan 50 senarai ni dulu untuk jadikan rutin harian kita. Paling penting, kena mendirikan cukup solat 5 waktu, yang menjadi tiang kepada agama kita, agama Islam.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda.

 

Untuk bacaan yang menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Mampu Ke Isteri Zaman Sekarang Lakukan Seperti Isteri Nabi Muhammad SAW? ,

Ingat! Terima Menantu Biar Sesuai Untuk Anak, Bukan Ikut ‘Taste’ Kita

 

 

 

Sumber: shafiqolbu

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna