Ketahui Kelebihan Melakukan Seks!

Tanyalah siapa pun kenapa mereka lakukan hubungan intim, mesti kebanyakan daripada mereka mengatakan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri demi melayan nafsu seorang suami.

Walhal, terdapat beberapa kelebihan melakukan hubungan intim dalam kehidupan seharian kita. Kalau tidak, sudah tentulah ia diharamkan jika ia dapat memudaratkan tubuh badan kita.

Sumber: pexels

Apa ye kelebihan melakukan hubungan intim ini? Sini Donna kongsikan…

Membantu mengurangkan tekanan

Menurut sebuah kajian Princeton pada tahun 2010, siapa yang aktif melakukan seks, pertumbuhan sel di bahagian hippokampus (kawasan otak pada sistem limbik yang melibatkan perlakuan dan emosi individu) akan lebih banyak diproses dan kemudian menyebabkan individu tersebut kurang rasa tertekan.

Sumber: pexels

Tambahan pula, seks adalah lumrah alam yang telah ditetapkan. Tidak hairanlah apabila individu disentuh dan dibelai penuh kasih sayang, serba sedikit ia dapat membantu seseorang rasa rileks dan berehat dari memikirkan dunia luar.

Mengeratkan silaturrahim

Apabila anda sedang melakukan seks, secara automatik badan anda menegeluarkan oxytocin dimana satu bahan kimia yang dapat memberikan anda kehangatan, rangsangan dan juga kelegaan melepaskan nafsu klimaks.

Sumber: pinterest

Dalam pada masa yang sama, ketika anda dan pasangan ingin meluahkan rasa cinta, rindu dan kasih sayang yang terpendam melalui seks dengan cara sentuhan, ciuman, pelukan, bahasa mata dan lengokkan tubuh badan. Secara tidak langsung ia dapat mencipta satu jurang yang rapat dan positif selepas melakukan seks.

Seperti melakukan senaman ringan

Kepada yang sudah mempunyai pasangan, rasanya anda semua sudah merasai nikmat melakukan seks sehingga  degupan jantung anda berdenyut dengan laju, tekanan darah akan tinggi dan kadar penafasan akan laju seperti berlari pecut 100 meter!

Sumber: thetelegraph

Malah, ketika anda dan pasangan mencapai tahap klimaks, akan berlaku ketengangan otot di seluruh badan dan sesetengah posisi yang memerlukan ketahanan fizikal yan kuat di bahagian kaki dan juga tangan sehingga menyebabkan refleks terhadap otot badan.

Dapat meningkatkan sistem imun dan juga jantung

Untuk pengetahuan anda, ketika melakukan seks, bahagian jantung akan bekerja lebih keras berbanding tubuh yang lain. Menurut sebuah kajian, jantung normal akan mengepam sebanyak 70 kali seminit tetapi, ketika melakukan seks, jantung anda akan berdenyut sebanyak 150 seminit!

Sumber: health24

Namun, ia bukan saja dapat menguatkan jantung anda malah dapat meningkatkan sistem imun anda. Kajian daripada dua orang pakar ahli psykologi iaitu Carl Charnetski dan Francis Brennan mengatakan, setiap pasangan digalakkan melakukan seks sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Mampu membakar kalori

Apa-apa yang melibatkan pergerakan tubuh badan yang mengeluarkan peluh, ia mampu membakar kalori dalam tubuh badan anda. Begitu juga ketika melakukan seks tetapi, bergantung kepada jangka masa anda melakukan seks.

Jika tempohnya agak lama, kemungkinan besar badan anda boleh membakar kalori sebanyak 85-250 kalori. Namun, ia tetap tidak boleh menggantikan senaman harian kerana ia hanya membantu untuk mengekalkan jantung anda sihat.

Sumber: canardpc

Tambah jika anda mempunyai pasangan yang sukakan kelainan ketika melakukan seks sehingga posisi yang digunakan agak mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal, serba sedikit ia dapat membuat pembentukan otot di bahagian abs, peha dan lengan anda.

Oleh itu, Donna harap jika pasangan anda meminta untuk melakukan seks, pastikan anda melayan mereka penuh kasih sayang kerana sebenarnya seks bukan memuaskan nafsu semata tetapi untuk kesihatan dalaman juga.

Sumber: livestrong

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna