Ketahui Kedudukan ‘Car Seat’ Bayi Yang Betul Mengikut Peringkat Umur

Tak dapat dinafikan penggunaan car seat bayi dalam masyarakat Malaysia kurang dipraktikkan. Kebanyakannya akan meriba atau dibiarkan anak mereka duduk di belakang tanpa meletakkan dalam car seat mahupun memakai tali pinggang. Bayangkan kalau berlaku perlanggaran yang teruk memang akan tercampak keluar, kasihan si kecil.

Praktikkan atau pun tidak, salah seorang pengguna twitter telah berkongsi infografik cara kedudukan car seat bayi dengan betul mengikut peringkat umur si manja menerusia akaun media sosialnya. Ha, jangan ingat kedudukan car seat tak memain peranan dalam memastikan keselamatan anak anda selamat.

Sumber: twitter

Pada usia mereka setahun sehingga 3 tahun kedudukan car seat mestilah berdepan dengan kerusi belakang supaya tidak tercampak ke hadapan kerana faktor saiz badan mereka yang terlalu kecil.

Jika usia mereka mencecah 4 tahun ke atas, keadaan car seat mestilah menghadap ke depan dan tali pinggang juga diikat sedikit berbeza. Anda boleh rujuk gambar di atas sebagai rujukan ye?

Kalau anda perasan car seat pada peringkat 7 tahun sehingga 10 sedikit berbeza. Lebih kecil dan memanjang ke atas. Keadaan sama seperti car seat untuk kanak-kanak berusi 4 tahun juga tapi liltan tali pinggang sedikit berbeza.

Bila sudah mencecah usia 11 tahun dan ke atas, anda sudah boleh bebaskan mereka dari car seat tapi tetap ajar mereka untuk memasang tali pinggang di kerusi masing-masing.

Sumber: consumer report

Harap selepas baca artikel ni semua pembaca Donna, cuba biasakan anak-anak duduk dalam car seat untuk kebaikkan dan juga keselamatan mereka. Tak rugi pun.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda klik saja senarai artikel berikut:

Cara Kegunaan ‘Car Seat’ Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak ,

Doktor Ini Kongsikan Pemakaian ‘Seat Belt’ Yang Betul Bagi Para Ibu Yang Hamil

 

 

 

 

 

Sumber: twitter yusriJ

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna