Ketahui Jenis Makanan Yang Mengandungi Vitamin C

Untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, ia bergantung cara pemakanan dan gaya hidup anda. Kepada ibu-ibu di luar sana, pastikan anda mengetahui setiap makanan mengandungi zat jenis apa dan apa fungsinya.

Kalau main masak je, macam mana keluarga anda dan anda sendiri nak dapatkan gaya hidup yang sihat kan?

Oleh itu, Donna akan kongsikan kepada anda senarai makanan yang mengandungi vitamin C yang boleh anda gunakan untuk dalam masakan dan hidangan harian. Tapi, kenapa Donna memilih vitamin C?

Sumber: holistickenko

Vitamin C mempunyai sifat antioksidan dan sangat berperanan dalam pembentukan kolagen dalam kulit. Tapi, bila umur makin meningkat, kolagen dalam kulit pun makin berkurang dan menyebabkan kedutan dan kering.

Jadi, Donna rasa, anda patut tahu makanan apakah yang mempunyai vitamin C. Antaranya….

Strawberri

Untuk pengetahuan anda, disebabkan strawberi mengandung vitamin C, asam salisilat, antioksidan dan exfoliant, buah ini sering dijadikan mask muka untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.

Sumber: pexels

Selain itu, ia juga memberi khasiat pada mata di mana strawberi dapat mengurangkan masalah katarak mata pada usia tua.

Tembikai

Kandungan Vitamin C di dalam buah tembikai sangat tinggi. Ia dapat membantu sistem imun dalam badan dan membantu tubuh badan melawan daripada terkena penyakit jantung dan kanser.

Sumber: pexels

Selain itu, sebuah kajian turut menunjukkan yang kandungan antioksidan Vitamin A dan Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan kulit terutamanya bagi mereka yang telah berumur.

Oren

Seperti anda semua tahu, buah oren adalah sumber terbaik Vitamin C yang terbaik untuk kekal sihat dan dalam penjagaan kulit. Kepada wanita yang berusia, mungkin anda boleh amalkan makan oren dalam rutin harian anda.

Sumber: pexels

Lada Benggala

Lihat saja bentuk cili sebesar epal ini, pasti mengingatkan pada hidangan spaghetti yang dicampurkan dengan lada benggala ke dalam sos ‘bolognese’. Hm.. Sedapnya!

Sumber: pexels

Namun, tahukah anda lada benggala ini mengandung vitamin C yang dapat membantu mencegah penyakit skurvi iaitu penyakit yang mengakibatkan gusi menjadi bengkak dan berdarah.

Cili Besar

Cili besar bukan saja mampu memberi kesedapan dan kepedasan dalam hidangan tetapi dengan kandungan vitamin A dan C, ia dapat menguatkan dinding pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah.

Sumber: pexels

Brokoli

Brokoli berasal dari keluarga bunga kubis putih dan dikategorikan sebagai tanaman hijau yang boleh dimakan kerana kandungan lemak yang rendah, sodium, tinggi kalori serat, vitamin C, potasium, B6 dan Vitamin A.

Dengan adanya semua zat di dalam sayur ini, ia dapat membantu mencegah kanser, mengurangkan kolestrol, menguatkan tulang serta memberi kulit kelihatan sihat dan segar.

Sumber: pexels

Tomato

Pengeluaran utama tomato adalah di kawasan Cameron Highland dan tomato adalah sejenis sayuran dalam kategori buah. Tomato mengandungi vitamin C yang mampu memberikan kulit kelihatan bersinar dan dapat mengurangkan tekanan darah dalam badan.

Sumber: pexels

Betik

Menurut pakar doktor, makan betik bukan saja dapat membantu penghadaman dalam perut tetapi, dapat membekalkan pelbagai jenis vitamin, zat galian dan serat di mana boleh mengelakkan anda dari terkena sembelit, merawat kulit terutama dibahagian tumit dan juga mencegah daripada menghidapi penyakit batu karang.

Sumber: pexels

Kiwi

Selain daripada buah oren, buah kiwi juga terkenal dengan kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Jika anda mengamalkan makan buah kiwi, impaknya sama bila anda makan buah oren.

Sumber: pexels

Oleh itu, kepada wanita Donna yang inginkan kulit yang cantik dan ingin mencgah daripada penyakit-penyakit serius, mungkin anda boleh amalkan makanan di atas dan jadikannya sebagai antara menu wajib harian anda.

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna