Ketahui Formula Telur Untuk Rawatan Rambut

Rasanya semua orang dah tahu sebiji telur mempunyai pelbagai khasiat sehingga boleh merawat kulit wajah secara alami. Tambah pula, menurut seorang doktor dari sebuah portal terkenal, disebabkan khasiat telur yang terlalu banyak kita boleh mengambil telur sebanyak maksima lebih 30 biji telur sehari tanpa ada masalah kesihatan.

Itu untuk sebiji telur. Kalau bahagian telur bewarna putih pula, bukan saja untuk kesihatan tapi terkenal dengan pembuatan face mask untuk merawat kulit wajah dengan cara alami. Tapi, cliche sangat kalau membincangkan  telur dan kulit wajah sebab sekarang ni kami nak kongsikan dengan anda khasiat telur untuk rawatan rambut pula.

via GIPHY

Mungkin tak ramai yang tahu telur juga dapat merawat rambut. Yelah, ingat kulit wajah ke ada masalah berminyak dan kering? Ha.. Jom kita lihat bagaimana formula telur mampu merawat rambut yang mempunyai 3 jenis ini.

Rambut normal

Kepada mereka yang tidak mempunyai masalah rambut, sapukan je telur putih, kuning bersama campuran minyak kelapa ketika rambut sedang lembab dan basuh dengan syampu rambut selepas dibiarkan selama 20 minit.

Rambut kering

Untuk rambut kering, gunakan bahagian kuning telur kerana ia mengangungi dan campurkan bersama minyak kepala. Pukul sehingga sebati dan sapukan sehingga 2o minit kemudian bilas dengan syampu rambut.

via GIPHY

Rambut berminyak

Disebabkan bahagian putih telur kaya dengan protein yang mengandungi semua amino asid yang penting sekaligus mampu untuk menggantikan tisu dalam badan yang rosak termasuk bahagian rambut. Jadi, ia amat sesuai untuk menyapu pada seluruh kulit kepala dan akar rambut.

Caranya sama je seperti rambut kering dan normal, cuma gunakan telur putih.

Kenapa ada perbezaan bahagian putih dan kuning telur?

via GIPHY

Untuk pengetahuan anda, sebiji telur bila dipecahkan terdapat dua bahagian. Kuning dan putih. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kandungan gizi yang berbeza di mana kuning telur mengandungi lemak dan putih telur mengandungi protein.

Jadi tak pelik lah kalau dua bahagian untuk dua masalah rambut yang berbeza. Jangan main hentam je, nanti tak menjadi salahkan bahan alami pula. Selamat mencuba!

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja artikel berikut:

Nak Turunkan Berat Badan? Jom ‘Lunch’ Sandwich Telur Kari ,

Senarai Makanan Ini Boleh Kurangkan Masalah Keguguran Rambut

 

 

 

Sumber: fashionbeans , malaysiagazette

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna