Ketahui Ciri-Ciri Orang Yang Menipu

Kadang-kadang pernah tak anda tersekat di dalam suatu situasi di mana anda perlu atau sengaja memanipulasi cerita demi menyelamatkan diri sendiri atau orang lain. Tidak kira cara anda manipulasi cerita sedikit atau pun banyak, ia tetap dilabel penipu!

Namun, sebagai seorang pendengar, adakah anda terfikir individu yang menyampaikan cerita kepada anda benar-benar menceritakan perkara yang betul atau pun tidak? Nahh.. Mesti anda mengatakan, “Lihat je air muka atau bahasa mata. Dapat tahu dah dia menipu atau pun tidak”.

Sebenarnya, itu tidak mencukupi. Cuba bayangkan kalau individu tersebut pandai dan hebat berlakon dalam menyembunyikan sesuatu. Pasti anda kena ‘kencing’ hidup-hidup. Jadi, Donna ada tip lain untuk membaca gerak tubuh si penipu. Antaranya….

 

Menggunakan ayat yang sedikit

Sumber: pexels

Si penipu akan menggunakan ayat yang paling pendek dan ringkas supaya penipuannya tidak  cepat atau mudah dihidu. Menurut sebuah kajian, bila seseorang menipu, sel-sel otak akan bekerja keras untuk menyusun perkataan supaya segala rancangannya menjadi logik. Jadi, dia akan mengeluarkan ayat yang pendek-pendek saja.

Menyilangkan kaki dan tangan

Satu kajian mendapati maksud gerak tubuh individu menyilangkan tangan dan kaki sambil memberitahu sesuatu informasi, maksudnya dia sedang menipu. Tanda ini sangat penting kepada semua orang kerana individu yang menyilangkan tangan dan kaki ini maknanya mereka sedang melindungi diri mereka daripada dihidu perbuatannya.

Anak mata si penipu

Sumber: pexels

Bila bercakap tentang bahasa mata, bukan lihat jika dia tidak boleh memandang tepat ke mata kita, dia adalah seorang penipu kerana semua orang boleh berlakon pandang tepat ke mata tapi tetap berbohong. Untuk lebih baca dengan tepat, anak mata hitam si penipu akan membesar 3 kali ganda daripada saiz biasa.

Nafas laju dan cemas

Sumber: LS

Mudah saja, lihat pada dada dan mulutnya. Adakah dadanya turun naik dengan laju walaupun tidak bersenam? Kedua, lihat pada bahagian mulutnya, adakah dia menjilat bibirnya walaupun tidak kering? Jika kedua-dua ini ada pada individu tersebut, berhati-hati. Jangan mudah terpedaya.

Lepas ini, anda boleh jadi hebat sebab tak ramai berjaya menipu anda tapi, kalau individu tersebut handal dalam bab menipu, mungkin agak sukar untuk membaca mereka.

 

Sumber: LS

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna