Ketahui Cara Menerap Minat Kepada Kanak-Kanak Terhadap Sesuatu Perkara

Percaya atau tidak, ramai di antara kita terkeliru setiap kali membuat keputusan berkaitan kehendak anak? Tidak kira sama ada ibu bapa muda atau yang sudah mempunyai asas dan pengalaman membesarkan anak, tentu pernah sesekali timbul ragu-ragu dalam menyelesaikan hal ini.

Lebih-lebih lagi si kecil yang suka menunjukkan tantrum jika kehendak mereka diabaikan. Menurut perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, jika kita ingin mereka lakukan sesuatu, misalnya ingin anak menjadi seorang doktor ibu bapa haruslah bertindak sejak dari kecil dengan cara…

  1. Lakukan perkara tersebut dengan menunjukkan keseronokkan.
  2. Sekali-sekala buka topik dengan mereka tentang perkara tersebut dengan cara seronok dan memujuk.
  3. Jangan melalui lisan saja, ajak mereka melakukan secara praktikal.
  4. Kita juga harus lakukan perkara tersebut dengan tidak menunjukkan kesan negatif.

“Jika mereka tidak menunjukkan sebarang tanda positif, jangan paksa. Ikutkan saja apa yang mereka minat asalkan perkara itu tidak memberi impak buruk pada masa hadapan,” terangnya.

Lihatlah cara pendedahan pelakon jelita, Diana Dianelle menerapkan sesuatu perkara pada putera sulugnya, Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Chemad bila melakukan perkara baru sehingga anaknya mempunyai pendirian dan hobi sendiri.

Lemah lembut dan seronok!

View this post on Instagram

Blue Cheese and Mushroom Train Pasta

A post shared by Muhammad (@chemad7) on

View this post on Instagram

Making lunch at home and then off for a playdate

A post shared by Muhammad (@chemad7) on

“As parents, kita bimbing dia…”

Tambahan pula, Diana pernah menulis satu kapsyen tentang bagaimana dia memujuk, membimbing dan menghormati keputusan anaknya bila melakukan sesuatu.

Bagusnya cara Diana membesarkan anak-anaknya, tiada paksaan terhadap anaknya. Sebagai contoh, jika inginkan anak anda minat dalam masakan,  apa kata bila ada waktu senggang, hantar mereka ke kelas masakan. Tak tahu nak hantar dekat mana? Klik je di sini, harga murah-murah hanya di Superdeals!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut: Aktifkan’Parental Control’ Untuk Selamatkan Keselamatan Si Manja , Bantu Si Kecil Atasi Takut Dicucuk Jarum

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna