Kesihatan Mental Remaja Paling Terkesan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang memerlukan kita semua untuk berkurung dijalankan, sebahagian besar daripada kita menghabiskan masa berada di rumah. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan penularan wabak COVID-19 ini terkawal.

Selain dari itu, hanya mereka yang berada di barisan hadapan sahaja yang dibenarkan keluar. Bukan mahu menyatakan tidak bersyukur atau merungut, namun siapa tahu kesan terhadap mental yang diperolehi dek secara tiba-tiba harus berkurung?

Demi keselamatan nyawa juga Donna pasti hampir semua rakyat Malaysia memahami atas mengapa perintah ini harus dijalankan. Namun, tidak semua tahu akan kesan terhadap mental masing-masing! Donna pasti mesti ramai yang sudah mendengar atau melalui sendiri akan masalah kesihatan mental.

Baru-baru ini terdapat seorang pakar yang memberikan perkongsian akan kesan mental yang mungkin dialami oleh golongan muda. Hal ini kerana interaksi sosial secara bersemuka adalah sangat penting dalam perkembangan minda dan keyakinan diri.

via GIPHY

 

Pakar penyelidik menyatakan golongan muda yang berusia 10 hingga 24 tahun akan mengalami pelbagai masalah kesihatan mental dari segi tingkah laku dan kognitif di kemudian hari.  Bukan itu sahaja, ahli sains saraf dari Universiti Cambridge ity juga meminta sekolah dibuka semula sebagai satu langkah untuk mengelak kerosakkan mental.

Mahupun dunia berdepan dengan krisis kesihatan, saintis turut menyatakan media sosial juga merupakan salah satu langkah untuk memastikan kesihatan mental remaja terselamat sepanjang wabak COVID-19 berleluasa.

Selain itu,  data rasmi menunjukkan separuh daripada mereka yang berusia 25 tahun ke bawah telah pun terjejas dan mengalami masalah kesunyian.

Kebimbangan ini turut disuarakan oleh Profesor Sarah-Jayne Blakemore dari jabatan Psikologi memaklumkan sekatan sebegini boleh menganggu perkembangan otak dan memberikan kesan negatif dalam jangka masa yang panjang!
Nampaknya, ramai pihak terkesan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Anda sebagai rakan, jika merasakan rakan anda berkelakuan aneh, rajin-rajinlah bertanya kabarnya. Atau jika anda yang merasakan diri tidak stabil, cepat-cepat berjumpa dengan doktor yang lebih arif.
Sumber:Mstar
Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna