Kesian Bayi Ini Dilahirkan Cacat Telinga Kerana Produk Kecantikan Yang Digunakan Ibu

Zaman sekarang ni senang betul nak cantik. Jika anda dilahirkan berkulit gelap dan mahukan kulit putih gebu, tiada masalah, beli sahaja produk kecantikan A. Jika anda mempunyai masalah kulit berjerawat pun jangan risau, produk kecantikan B mampu memperbaikinya. Jika sudah cantik gebu, kulit pun licin, tapi mahu kelihatan lebih putih pun jangan risau, beli sahaja produk kecantikan C. Lihatlah betapa banyaknya jenis produk kecantikan yang terjual di pasaran menjadikan ramai pengguna terpengaruh lalu membeli tanpa usul periksa yang betul.

Menggunakan produk kecantikan tidak salah, namun dengan lambakkan jenis produk yang pelbagai, pengguna wajib memeriksa kandungan dan memastikan ia telah diluluskan oleh jabatan bertanggungjawab.

Baru-baru ini sebuah portal telah memuat naik satu kenyataan berkaitan seorang bayi yang dilahirkan dengan kecacatan telinga. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang normal dan bayi tersebut perlu dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Bayi tersebut dilahirkan dengan cuping telinga kanan yang terlalu kecil dengah lubang telinganya tidak boleh dilihat dengan jelas. Manakala telinga kiri pula hanya ada sedikit daging yang tergantung dan tidak mempunyai lubang telinga.

Akhirnya setelah siasatan dilakukan, si ibu kepada bayi tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun hinggalah 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini dinamakan sebagai Isotretinin Embryopathy.

Sumber Foto: Public Health Malaysia

Penggunaan produk yang mempunyai bahan aktif Isotrenionin bukan sahaja mampu menyebabkan kecacatan telingan bayi malah boleh menyebabkan kecacatan lain seperti:

-Tulang dan struktur wajah

-Sumbing

-Masalah sistem saraf

Ramai kurang sedar, namun kebanyakkan produk kecantikan di pasaran kini hanya menjanjikan kesan kecantikan sementara tanpa menghiraukan kesan sampingan terhadap kesihatan.

 

Anda juga perlu tahu ini:

  1. Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
  2. Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar.
  3. Isotretinoin mempunyai kesan sampingan Teratogenik dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
  4. Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.

Sebagai wanita, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih produk yang betul untuk digunakan pada tubuh badan. Jangan nanti menangis tak berlagu pula ya.

 

 

 

 

 

Sumber: Public Health Malaysia

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna