Kesan Positif Bila Tidur Bogel!

Tidur adalah satu nikmat. Setiap orang inginkan waktu tidur yang panjang dan pastinya setiap orang ada cara tidur mereka tersendiri. Ada yang peluk bantal busuk, ada yang tidur tidak menggunakan bantal, ada yang suka tidur tidak berselimut malah, ada yang tidur berbogel! Ha.. anda yang mana?

Apa pun, dalam artikel kali ini Donna nak bongkarkan kelebihan tidur berbogel kerana ia dapat memberi kesan positif kepada kesihatan. Jangan terkejut kerana ada kajian yang membuktikan tidur tanpa pakaian dapat memberi peningkatan dari segi kesihatan seksual, mental dan fizikal.

Sumber: unsplash

Berikut adalah beberapa faktor yang disokong dari penyelidik dan kajian bagi mengukuhkan fakta tentang isu ini. Antaranya…

Berat badan lebih seimbang

Menurut Doktor Pakar Naturopati dan penulis buku The Hormone Diet, Natasha Turner, tidur dalam keadaan berbogel dapat membantu tubuh badan anda mudah berasa sejuk dan ini dapat memberi kesan kepada hormon di mana dapat membina semula sel-sel otot, sel kulit dan sel tulang semasa anda sedang tidur.

Sumber: unsplash

Tambahnya lagi, kesan daripada pembentukkan sel tubuh, ia juga dapat memberi tindak balas pada peningkatan metabolisme badan dalam usaha mengekalkan suhu badan. Setelah itu, metabolisme yang tinggi pula mampu membakar lebih banyak kalori dan dapat meningkatkan usaha pengurangan berat badan.

Meningkatkan kualiti Sperma

Menurut kajian dari seorang penulis buku ‘The Sleep Solution’ Chris Winter M.Djika anda inginkan sperma yang berkualiti, bermula dari sekarang anda perlu tidur dalam keadaan tidak berpakaian kerana suhu badan yang seimbang dapat membantu meningkatkan jumlah dan kualiti sperma seseorang.

Sumber: scientific american

Untuk menguatkan lagi kenyataan ini, kajian dari National Institute of Child Health and Human Development di Universiti Stanford pada tahun 2015, lelaki yang memakai seluar pendek ketika tidur akan mengalami fragmentasi DNA dalam sperma dan kesannya, kualiti sperma yang terhasil kurang berkualiti berbanding yang berbogel ketika tidur.

Vagina lebih sihat

Jika tidur dalam keadaan berbogel mampu memberi kesan kepada sperma lelaki, ia juga mampu memberi kesan kepada alat sulit wanita. Mesti tak percayakan? Secara logiknya, jangkitan bahagian rahim akan aktif jika vagina  anda dalam keadaan lembap. Jadi, dengan berbogel ia dapat mengurangkan jangkitan bergerak dengan aktif.

Sumber: hulldailymail

Menurut Dr. Winter, selain daripada membasuh dengan bersih pada bahagain alat sulit wanita, tidur tanpa pakaian juga sebenarnya dapat membantu daripada terkena jangkitan kuman kerana ia membolehkan lebih banyak udara untuk sampai ke bahagian vagina, di mana ia dapat membantu bahagian tersebut menjadi lebih sejuk dan kering.

Mungkin mulai malam ini anda semua boleh tidur berbogel untuk kesihatan , ihiks!

 

Sumber: LS

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna