Kes Remaja Autisme Dituduh Mencabul. Masyarakat Malaysia Masih Mundur?

Kisah penahanan dan penangkapan remaja Autisme (Ahmad Ziqrie) baru-baru ini kerana dikatakan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan membuka mata ramai pihak tentang perlunya kesedaran ramai mengenai Autism. Rupanya ramai yang masih tidak prihatin dan tiada kesedaran mengenai mereka dan kelakuan yang sering mereka lakukan. Autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial. Individu autisme melihat, mendengar dan merasai kehidupan di dunia ini berbeza dengan orang normal. Jadi, orang ramai harus lebih prihatin dengan anak-anak syurga ini. Mereka tidak minta dilahirkan begitu. Untuk ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak-anak autisme, semoga dipermudahkan segala urusan. Anda sangat bertuah dikurniakan anugerah yang sangat istimewa!

BACA CATATAN SEORANG BAPA YANG TURUT MEMPUNYAI ANAK REMAJA AUTISM INI MENGENAI TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT KITA YANG MASIH RENDAH MENGENAI ANAK-ANAK AUTISME. RAMAI YANG MENYOKONG APA YANG BAPA INI INGIN SAMPAIKAN.

TIADA YANG BERSALAH?

Tumpang lalu Admin. I have not been to this page dah lama. I have been writing on my own page. I just visited the page nak baca about Ahmad Ziqri yang ditahan polis. As usual, to get to that topic, banyak terbaca keluhan ibubapa pada anak syurga ini. Jadi terpanggil untuk mecoretkan sesuatu. I have been on my own studying about Autism because ada juga bercita-cita untuk membuka center of Autism. Sepanjang pembacaan dan perancangan, I come across this title about Autism Friendly City. In Ireland, it is a town call Newcastle dan di Scotland adalah bandaraya Aberdeen. I am very much interested in this concept of Autism Friendly City dan ingin membawa Afwan Ali to the city and see how he reacts. We did it. In February 2018 we were there. What I found there is something yang tak pernah diduga. Membesar anak autism selama 21 tahun, tolaklah umur nya masih baby, still it is a long time. Tiada apa yang rasanya tak tahu. Tiada apa yang rasanya anyone can teach me different. I’ve worked with many therapist, so rasanya tiada yang therapist can tell me something new. But, what I found in Aberdeen, Scotland is something that I want to share in this group. More so bila kes Ahmad Ziqri tersebar luas.

Sumber Foto: Facebook Azman Aziz

Kalau kita tengok mana-mana definasi tentang Autism, samada sumber dalam negeri atau luar negeri, isu utama anak-anak autism ini, walaupun spectrum nya luas, tapi asas atau common factor untuk semua mereka tidak ada skill dalam pergaulan atau social skill. Ini semua sama walau dimana tahap autism mereka. Mild kah, severe kah, still they have this common basic problem. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi ini? Most parents tidak mahu bawa anak autism mereka keluar, this I know for a fact sebab baru minggu ini terjadi semasa me and Afwan Ali sedang makan dikedai mamak, dia macam his usual self, selepas 2 keping roti canai dan 1 bungkus nasi lemak, mula bangun dan lompat-lompat kegembiraan dan ketawa dengan kuat. Saya notice ada one lady perhatikan kami dan later approached me. Dia memberitahu dia punya anak autism tapi tak pernah dibawa keluar kerana suami nya tak mahu, malu katanya, jadi tak pernah makan dikedai begini. Anaknya dah berusia 18 tahun. Tapi ada juga yang mungkin tidak mahu menyusahkan orang lain dengan mengganggu ketenteraman mereka ataupun sukar hendak mengawal anak mereka. Apabila kes Ahmad Ziqri ini saya bimbang ada yang akan menguatkan sebab tidak bawa anak ke tempat awam kerana takut ditahan polis. Persoalan nya,……Bagaimanakah kita hendak memperbaiki masaalah bersosial ini dan improve “social Skill” mereka jika mereka tidak bersosial?

Pengalaman kami di Aberdeen, Scotland. Let’s not talk about their organization of things sebab mereka bersatu, diantara persatuan ibubapa anak autisme, badan National Autistic Society centre serta kerajaan bersatu dalam hal ini. Itu sesuatu yang kita tak mampu nak lakukan kerana kita tiada pun persatuan ibubapa anak autism sebegini. Let’s talk about benda yang boleh kita lakukan. Di Aberdeen khususnya, dan seluruh UK amnya, awareness tentang Autisme ini amat luas. Persatuan ibubapa di Aberdeen contohnya membuat kerja sukarela, meletakkan booth tentang autism di tempat awam dan memberikan keterangan, pihak National Autistic Center memberikan pendedahan dengan menganjurkan seminar serta latihan dan kerajaan pulak memberikan kemudahan dalam usaha ini. ini berlaku sebelum Aberdeen di istiharkan sebagai Autism Friendly city. Antara peranan yang masyarakat umum boleh lakukan, tanpa menderma dari segi wang ringgit adalah berperanan dalam meningkatkan social skill kanak-kanak ini. Mereka digalakkan berinteraksi dengan setiap anak autistic yang mereka jumpa atau terserempak. Mengambil bahagian dalam aktiviti seperti treasure hunt terdiri dari pasukan dari keluarga autism dan keluarga biasa, serta program anak angkat. Apabila cukup penerangan dan “What can you do to help” difahami oleh semua orang, kini ia menjadi suatu budaya. Jika anda berjalan dengan anak autism dibandaraya tersebut, penduduknya boleh mengenalpasti seorang anak autism dan mereka akan mengambil masa walau seminit untuk bersosial dengan anak-anak ini. Contohnya kami sedang berjalan dan menunggu untuk melintas, ada penduduk sana yang berselisihan akan berhenti seketika, bertanya nama, “What is your name?” Afwan Ali yang non-verbal tidak membalas, jadi kita terpaksa memberitahu, Afwan namanya. Dia akan meneruskan dengan pertanyaan lain, “You had your breakfast today?” Sama, no response, dia kata, “it’s okey, Afwan, how do you like Aberdeen?”, sama juga no response. Then he will say,”It’s okay, have a good day Afwan” and move along. Kami masuk pulak Supermarket nak beli air minum for our drive back, sama juga bila bertemu orang disana. Tidak kira walau dari mana lapisan masyarakat, dari orang koperat mahupun tukang sapu jalan, mereka semua menjalankan peranan mereka.

Talking more to the National Autistic Society representative di Aberdeenshire, they told us that it is a long hard journey, but one that needs to take. Autism child needs to be accepted first before they can accept. If the normal common people cannot accept them, why do they need to accept your way? Very true. Disini saya sertakan juga gambar Afwan Ali semasa dia disana, dia gembira, senyum sentiasa, tak ada tantrumnya, marah nya, he is happy. Apabila orang awam faham mereka ini ahli syurga…oh yes, about ahli syurga, mat saleh tu semua pun percaya syurga neraka, so they told us, “These children will go to heaven because they are free from the desire of this world. Greed, jealousy, lust and compete. They are free from all these sin” Oleh itu, a touch is just a touch, bukan untuk kepuasan nafsu sex mereka, they do not understand the “no touch zone”. Dari kes Ahmad Ziqri, cuba anda bayangkan headline seperti ini,”Anak Syurga mencabul kehormatan seorang gadis”. Tak kena kan, mana anak syurga buat dosa. Dah tentu syurganya.

Sumber Foto: Facebook Azman Aziz

Mempunyai anak autism ini bukan lah suatu bencana. Seperti post-post saya sebelum ini banyak saya terangkan tentang perkara ini. Afwan Ali, walaupun masih belum boleh bercakap, membaca dan mengira pada umur 21 tahun, saya masih berbangga adanya dia dalam hidup saya. Saya bangga dan bawa dia keluar kemana sahaja saya pergi. Tiada yang terlalu susah kerana Allah tidak akan memberi beban yang tak mampu kita tanggung. Maybe I could have done better, but I am not complaining. I have done my best sebelum ini, but now I have a chance to do it correctly. It is never too late, I will want to look forward dan belajar dari semua kesilapan saya. Saya tidak mahu ibubapa lain malu dengan anak autism mereka. Jangan hanya dilihat kekurangan mereka, lihat pada kekurangan kita. Nescaya ada jalan nya. Betul, saya tak nafikan susah menjaga mereka ini bila dikhalayak ramai. Tolak tepi hal malu ni, tapi memerhati mereka bukan mudah, kadangkala mereka bertindak liar, berlari sana sini, tetapi alangkah lebih mudah jika mempunyai masyarakat yang memahami, menegur mereka dengan baik agar mereka lebih terasa dterima.

I dream of a “sanctuary” area like Aberdeen in Malaysia. I do not need a city, I need a mall, a village or a town dahulu. Ini boleh membantu anak-anak kita untuk memperbaiki kelemahan social skill mereka. Ada ungkapan “Autistic children is not ignoring you but they are waiting for you to enter their world”, once the community can enter their world, they will open up to you.

Kes Ahmad Ziqri bukan lah kes terakhir, tetapi kes yang tak sepatutnya berlaku jika ada awareness dari masyarakat. Pulang saja dari Aberdeen, saya telah mula memberi lebih maklumat tentang autism pada orang sekeliling saya. Dalam kawasan kejiranan, ada Whatapps group, medium ini saya gunakan untuk memberi lebih penerangan. Sedikit demi sedikit, saya dapati pengetahuan ini banyak menarik perhatian orang. Dengan saudara mara dan sahabat handai juga saya berikan penerangan. Saya sering boleh dilihat membawa Afwan Ali kemana sahaja. Kami sarapan pagi kedai mamak bersama, kami ketaman bersama, ke shopping mall juga dan siapa sahaja yang saya jumpa akan saya buka mulut menerangkan tentang autism.

Saya yakin jika semua kita lakukan perkara ini, lebih ramai dapat information tentang autism dan create awareness dengan lebih berkesan. Semua kena faham bahawa Autism ini bukan sesuatu kecacatan. Mereka ini berlainan. Untuk mengajar A is for Apple, mereka tidak mahu menyebut apple kerana mereka tak suka apple, contohnya, bukan kerana mereka tidak mahu belajar huruf A. Bukan perlu pengecualian atau layanan istimewa, tetapi memerlukan kefahaman. Adalah salah untuk memegang payudara seorang wanita, tambahan seorang bukan muhrim, tetapi bukan tindakan undang-undang tetapi penerangan, must explain to them.

Jangan kecewa mereka tidak faham, tapi kecewa kerana kita gagal buat mereka faham. Dengan itu, kita akan berusaha untuk mencari jalan untuk tingkatkan usaha. Semoga kes Ahmad Ziqri memberi pengajaran pada semua ahli keluarga autism yang berat tugas kita untuk masyarakat lebih memahami. Afwan Ali is 21 years old. January 2019 dia will be 22. Dia tak mampu bercakap, mengira serta membaca and he is my son. Dia juga anak syurga, saya yakin Allah memeliharanya. Jika sebatang pokok yang tak bergerak mampu mendapat air dari hujan yang diturunkan, baja diperlukan dari tanah, yakinlah dengan penjagaan Allah pada makhluk yang tak berdosa. Fahamilah bukan mereka tidak mahu, tapi mereka tidak mampu. Akan ada hari mereka akan mampu, Cuma kita tidak tahu perancangan Allah. Perancangan yang terbaik.

Saya sedang merancang another trip to Aberdeen again this year, kerana boleh dilihat perkembangan baik dari Afwan Ali, moga harapan kami diberkati oleh Allah. Amin. Chin up parents. We are the chosen ones. We are special parents.

Wallahualam.

 

Sumber: Facebook Azman Aziz

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna