Pengasuh Dera Anak, Apa Anda Perlu Lakukan?

Dua guru tadika ditahan berhubung kes video mengenai perbuatan dera dan memukul kanak-kanak di Melaka. Pengasuh dituduh mendera bayi perempuan tujuh bulan sehingga patah peha kiri, dan yang paling membuka mata, kes pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk.”

Sumber: Pinterest

Menghantar anak ke taska atau pengasuh bukan sahaja menjadi dilema malah kini ia ibarat mimpi ngeri buat para ibu bapa yang bekerja kerana selain terpaksa melepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada orang lain, lambakkan kes-kes pukul dera di rumah atau pusat asuhan seakan menghantui ibu bapa ketika bekerja.

Kadang kala pelik dan musykil, memikirkan di mana rasa belas kasihan mereka kepada kanak-kanak yang kecil yang baru ingin mengenali dunia. Tidakkah mereka tahu, tanggungjawab dan kepercayaan diberi mereka adalah untuk menjaga kanak-kanak kecil yang masih memerlukan perhatian penuh penjaga. Betapa sakitnya hati si ibu yang melahirkan apabila melihat anak mereka diperlakukan sebegitu rupa.

 

Sumber : Huffpost

Sebelum perkara buruk terjadi, sebelum anda mengangis di kemudian hari, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

TASKA YANG MANA SATU?

Ha..bab ni paling penting sebab kalau salah pilih taska, macam-macam boleh jadi. Daripada sekecil-kecil masalah kebersihan yang anda sangkakan masalah kecil boleh mengundang kepada masalah yang lebih besar. Ikut tip ni;

  • Pastikan taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kerana taska yang berdaftar perlu mematuhi beberapa peraturan dan piawaian tertentu bagi memastikan kualiti serta tahap keselamatan setiap aspek terjaga.

 

Sumber : Huffpost

  • Aspek kebersihan amatlah penting kerana kanak-kanak sangat mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman mahupun penyakit. Lagi pening jika penyakit tersebut adalah penyakit yang mudah berjangkit seperti HFMD.

 

Sumber : Pinterest

  • Kenali pengasuh atau penjaga yang menjaga anak anda di taska atau di rumah. Janganlah asal jumpa, anda terus hantar anak anda tanpa siasat dahulu peribadi atau latar belakang penjaga anak anda. Tidaklah perlu sampai mengupah penyiasat persendirian, tapi mungkin anda boleh berborak dahulu dengan mereka tentang pekerjaan mereka. Sama ada mereka berpengalaman atau tidak, mempunyai pengetahuan untuk menjaga kanak-kanak atau tidak dan jangan lupa juga untuk melihat sendiri keadaan dalam rumah atau taska tersebut. Anda sendiri mampu menilai sama ada taska tersebut sesuai untuk didiami anak anda ataupun tidak.

 

Sumber : Wchurch.tv

  • Lokasi dan tahap keselamatan. Pastikan lokasi taska anda tidak berada di tempat terpencil atau terlalu jauh dengan rumah atau office anda kerana jika berlaku sebarang kecemasan, anda mampu sampai dengan kadar segera dan mengurangkan segala risiko yang tidak diingini.
  • Ikut kata hati. Sebagai seorang ibu atau bapa, kadang-kala kita mempunyai naluri yang kuat mengatakan sama ada perkara tersebut baik untuk anak kita ataupun sebaliknya. Jika anda ada perasaan ragu-ragu serta rasa tidak sedap hati berkaitan taska atau rumah pengasuh tersebut, lebih baik anda cari sahaja yang lain.

 

 

 

 

 

Sumber : Pa&MaBHarian

Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna