Kes COVID-19 Makin Meningkat, Selebriti Ini Masih Berseronok Di Luar Negara

Sejak bermulanya kes pertama wabak Koronavirus (COVID-19) di Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai supaya kurangkan aktiviti luar, elakkan berada dalam kelompok orang ramai, jaga kebersihan diri dan persekitaran, basuh tangan dengan betul, kerapkan pakai hand sanitizer, jangan melancong ke luar negara serta pakai topeng muka surgical mask atau n95 jika terpaksa berada di kawasan awam.

Itulah antara nasihat yang sering ditekankan dari semasa ke semasa sehinggalah KKM melaporkan jumlah terkini  menjadi 553 kes. Bayangkan lebih kurang dalam seminggu kes meningkat dengan begitu mendadak akibat kedegilan sesetengah pihak yang menjalankan perhimpunan ramai dan bercuti ke luar negara.

via GIPHY

Lebih menyedihkan ada juga artis Malaysia yang berseronok di luar negara walaupun angka wabak ini semakin meningkat dari hari ke hari.

Ummi Nazeera

Berdasarkan instastory instagram abang kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa mereka sedang bercuti bersama keluarga di luar negara dan lokasi tidak dikongsikan secara jelas.

Lihatlah posting Ummi dengan kapsyen yang meluahkan dia dan anakya  kepenatan. Walau lokasi yang dituju tidak mempunyai kes jangkitan yang tinggi, namun tindakkan pergi melancong ke luar negara itu sahaja sudah meningkatkan risiko kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga bila balik Malaysia nanti Umi Nazeera dan sekeluarga tak terkena wabak ini.

Ben Amir

Menerusi instastory pelakon Ben Amir, dia memuat naik suhu cuaca di salah sebuah bandar di Scotland. Tak cukup dengan itu, dirinya berswafato dengan pakaian sejuk di bandar London. Semoga Ben sihat-sihat je di sana.

Liyana Jasmay

Pelakon dan penyanyi berbadan genit, Liyana Jasmay memuat naik posting sedang berada di Anglesea pada 14 jam yang lepas. Selain dikecam dengan penampilan baru tidak bertudung, netizen juga marah tindakannya berseronok di luar negara di saat rakyat panik dengan penularan wabak berjangkit COVID-19.  Harap Liyana tahu Malaysia akan melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan esok!

Farah Nabila

Maklumlah baru saja berkahwin hujung tahun lepas, pelakon Farah Nabila membuat keputusan untuk bercuti di Maldives minggu lepas. Mujur dia dah balik dua hari lepas. Harap dia duduk rumah diam-diam dan buat medical check up untuk memastikan dia dan pasangan negatif COVID-19.

 

Tindakan segelintir artis yang masih berdegil bercuti ke luar negara membangkitkan kemarahan ramai. Isu pandemik ini bukan mainan. Jika tiada kerjasama di antara semua rakyat Malaysia, langkah untuk membendung wabak merbahaya ini akan menjadi makin sukar. Jadilah rakyat prihatin dengan bertindak bijak. Menjadi artis bukan alasan untuk anda bertindak sesuka hati kerana anda juga adalah rakyat yang perlu bertanggungjawab ke atas isu ini.

Mungkin ada lagi antara artis yang pergi ke luar negara tapi tidak memuat naik di laman media sosial. Semoga selepas  kerajaan mengambil langkah perintah pengerakan kawalan ini dapat menurunkan jumlah kes COVID-19.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Disebabkan COVID-19, Destinasi Pelancongan Luar Negara Ini Ditutup

Pekerjaan Baru! Saintis Tawar RM 38 Ribu Kepada Sesiapa Rela Dijangkiti COVID-19

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna