Kerja Rumah Sikit Pun Suami Tak Bantu,Tapi Setiap Malam Nak ‘Main’!

Luahan hati seorang isteri di sebuah portal kekeluargaan ini mendapat respon dan perkongisan yang tinggi oleh ramai wanita bergelar isteri.”

Ramai yang memahami nasib yang menimpa pengadu kerana kebanyakkan wanita hari ini dikatakan berdepan dengan situasi ini. Pengadu mempertikaikan di mana tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa sebenarnya. Adakah semua terletak pada bahu isteri seorang sahaja? Si isteri perlu berkerja kononya untuk membantu suami mengurangkan beban kewangan, dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga dengan baik seperti menjaga anak, memasak, mengemas rumah sehingga dia mengalami keletihan serta kepenatan yang melampau.

Sumber Foto: 123rf

Sudahlah tidak dibantu dari segi tenaga oleh suaminya, malah dia kesepian kerana tiada tempat untuk meluahkan perasaan kerana suami gemar menghabiskan masa berbual di telefon bimbit atau bersama teman-teman sahaja. Tetapi pada malam hari baru suami hendak mendekati isterinya, itu pun hanya untuk seks. Kadangkala si isteri terpaksa menolak kerana kepenatan namun dimarahi suami kononnya berdosa menurut ajaran agama.

Sumber Foto: theintimatecouple

Kenapa hal begini boleh timbul? Wajarkan suami mengherdik si isteri dengan menggunakan terma ‘agama’ kerana si isteri tidak mahu melayan si isteri. Ya itu memang betul dan tidak boleh dinafikan. Namun bagaimana pula tanggungjawab suami terhadap isteri? Jika suami tidak laksanakan tanggunjawab dengan sempurna, mereka juga sama berdosa.

Baca kisah ini

Ada ke isteri-isteri macam saya…yang dah terlalu penat mental dan fizikal? Rasa nak burn out? Rasa tertekan? Saya kecewa suami macam tak faham saya punya tenaga ada hadnya.. Awal subuh dah pergi kerja..balik kerja kehulu kehilir lengkapkan hal keluarga..balik rumah anak kecik-kecil..sentiasa menjerit,merengek,minta kita buat itu ini..dah tengah malam, kita juga yang buatkan susu, bagi anak-anak tidur…dah kita tidur, ada anak yang bangun nak susu…

Mana si suami sepanjang hari ini?? Tiba kita dah tidur kepenatan, si suami tuntut nak layanan… Bila kita kata penat, tarik muka seminggu.. Ya saya tahu mesti ada orang jawab pasal teori agama tu..bukan saya tak tahu agama. Tapi saya ni manusia. Kalu si suami tak cukup duit pun saya faham, tak pernah minta sesuatu di luar kemampuan dia..malah kalau mahu apa-apa, semua guna duit sendiri…

Kenapa orang lelaki susah nak faham kami ni tak cukup tenaga, mereka mengharapkan kita uruskan semua melebihi kemampuan tenaga kita.. Tolong jangan beri jawapan bodoh, kononnya saya patut bersyukur si suami masih nak tidur dengan saya.. Itu lah jawapan untuk orang yang nikah sebab seks. Cermin diri..sepatutnya kaum lelaki yang bersyukur si isteri tu, keluar cari nafkah, bantu keluarga, berdikari, dan lain-lain.. Bersyukur kami tak cari lelaki lain. Apa ingat orang lelaki je ada impian nak perempuan sexy, cun? Kami perempuan pun ada impian nak suami kaya raya, bergaya, caring, romantis….

Jangan ingat orang lelaki je reti ada impian..Penat sangat saya rasa, mencukupkan semua yang kurang dalam keluarga… Denagn masalah di tempat kerja lagi.. Dengan gaji tahan beberapa hari sahaja …kemudian mula la tak cukup susu, pampers, makanan pun kena beli… Suami mana tahu, yang dia tahu, dia nak bila dia balik rumah, ada benda nak makan..dia tak nak tahu apa yang tak cukup..

Bila saya tengok si suami layan saya acuh tak acuh..saya kecewa..kadang kala saya cuba nak bersembang, tapi dia tak dengar pun..saya kecewa.. Berat sangat ke nak jadi pendengar kepada isteri? Tengok group whatsapp suami, seronok je dia Bergurau dengan kawan-kawan.. Dengan kita, ada ke suami happy macam tu? Balik rumah, muka masam, tengok muka kita pun tak nak… Tanya khabar kita pun tak.. Suara tak pernah nak manis…tup.tup.tup tengah malam, cari isteri, nak layanan….

Saya hairan orang lelaki suka sebut isteri tak pandai layan suami..tapi mcm mana layanan anda pada isteri?? Maaf saya bukan isteri yang baik.. Saya tak mampu nak jadi isteri idaman suami macam dalam drama…Saya cuma hidup sehari-hari memastikan keluarga ini berjalan lancar…

Rata-rata yang komen dan memberi maklum balas terhadap pengakuan kisah di laman sosial  bersimpati terhadap wanita ini.

Apa pun, diharap setiap suami isteri tahu tugas dan tangungjawab mereka yang sebenar. Buat isteri yang rasa dianiaya atau letih menguruskan rumahtangga seorang diri, berbincanglah dengan suami agar ada komunikasi. Cari saluran yang betul untuk berdebat agar setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna