Kerja Rumah Ini Mampu Bakar Lebih Kurang 200 Kalori Badan Anda

Mempunyai berat badan yang ideal adalah idaman setiap wanita tapi, tak dapat dinafikan kekangan masa adalah faktor utama yang menggagalkan misi menurunkan berat badan. Apatah lagi jika dihitung waktu bekerja, kesesakan trafik di jalan raya dan menguruskan anak-anak akan membatutkan kehendak kita untuk terus mengekalkan gaya hidup sihat disamping dapat menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa aktiviti harian yang dapat membakar kalori anda sebanyak 200 dalam masa 30 hingga 1 jam. Bagi mengukuhkan kenyataan ini, menurut kajian dari Harvard Health Publishing, mereka telah menyusun beberapa aktivit kerja rumah yang mampu bakar kalori anda.

Sebelum itu, ingin menegaskan, kalori dan lemak adalah dua perkara yang berbeza kerana selalunya orang menganggap kedua-duanya adalah perkara yang sama. Sebaliknya, bakar kalori dan bakar lemak adalah dua proses yang berbeza. Ingat ye!

Ini antara aktiviti yang boleh bakar kalori anda…

Uruskan si manja

Mengurus si manja bukan perkara mudah. Suapkan makan, bermain bersama, mandi, pakaikan mereka lampin dan baju. Sangat memenatkan dan memerlukan banyak pergerakkan. Kadang tu berpeluh juga lah nak mengendalikan si kecil.

Oleh itu, kajian menunjukkan sebanyak 260 kalori di bakar jika anda menguruskan mereka tapi, dengan syarat postur badan ada dalam keadaan betul selesa. Misalnya, ketika mandikan si manja, jika kaki anda berasa lenguh kerana cangkung agak lama, pastikan tukar postur badan supaya tidak memudaratkan bahagian otot pula.

Bersihkan rumah

Mengelap habuk, mengemop dan menyapu lantai rumah mampu membakar sebanyak 330 kalori dengan hanya lakukan 3 kerja rumah ini saja. Terkejut kan? Mesti anda tidak sangkakan? Ha… Lepas ni, memang hari-hari sental habuk, sapu dan mop rumah.

Kajian mengatakan, apabila anda lakukan kerja rumah ini, bahagian kedua-dua blah lengan akan bergerak seperti bersenam serta badan anda akan mengeluarkan peluh toksin. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan jumlah kalori anda.

Berkebun

Tahukah anda, dengan hanya melakukan kerja-kerja kebun yang asas seperti memangkas, menyiram, mengarit rumput atau menanam anak pokok mampu membakar sekurang-kurangnya 334 kalori sejam! Jika anda ingin bakar kalori anda lebih, lakukan pemindahan pasu-pasu besar.

Ingin diingatkan, berhati-hatilah dengan sebarang kecederaan ketika berkebun serta pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.

Menarik bukan? Siapa sangka lakukan kerja rumah je dah boleh turunkan berat badan. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna