Kerja Memandu Van Jenazah, Bapa Tak Berdaya Bila Kena Hantar Anak Sendiri Ke Kubur

Tragis dan sebak. Itulah dua perkataan paling tepat menceritakan kejadian pemergian tiga beradik di Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu beberapa hari lalu. Syawal yang sepatutnya disambut gembira bertukar hiba sebaik sahaja memasuki raya keempat.

Hiba sungguh perasaan Mohd Ismail iaitu bapa kepada tiga beradik yang dilaporkan lemas sebaik sahaja melihat tiga buah keranda di ruang tamu. Beliau yang bekerja sebagai pemandu van jenazah tidak pernah menyangka kejadian seperti ini akan terjadi di depan matanya.

“Sejak bekerja membawa kenderaan jenazah, saya sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian, semangat saya menjadi lemah,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

Sumber: OMM

Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.

“Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya.

Sumber: OMM

Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.

Benarlah ajal dan maut ketentuan Allah. Tiada siapa dapat menjangkakan bila waktu terahir kita di dunia. Sama-sama kita mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bapanya diberikan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini.

Al-Fatihah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna