“Kerja Gojek, Foodpanda Tu Semua Tak Bermaruah..” – Isu Belanjawan 2020

Baru-baru ini pembentangan belanjawan 2020 hangat diperkatakan di seluruh Malaysia. Sampai ada yang tak pernah ambil tahu tentang politik tapi terus ambil tahu bila mendengar belanja untuk rakyat kali ini akan dipertingkatkan pada tahun 2020. Bagus rakyat Malaysia ni, masih ada sikap ingin tahu tentang negara.

Apa yang menarik lagi tentang isu ini apabila sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice menjadi tular tentang isu belanjawan 2020. Apa yang dia cakap tu? Ada yang tak puas hati ke?

Menerusi video tersebut, Caprice meluahkan rasa tak berpuas hati tentang pandangan dari salah seorang tetamu yang membincangkan isu belanjawan 2020 di mana dia mengatakan pekerjaan yang berkaitan dengan penghantaran seperti Foodpanda, Grabfood, Gojek adalah pekerjaan tidak bermaruah.

Lihat video di bawah…

View this post on Instagram

xpayah debat tentang bajet 2020 kalau otak 1990.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Malah, pelantun lagu BAL itu turut memesan pada orang ramai sekaligus memerli individu tersebut di bahagian kapsyen. Dia menulis….

Tak payah debat tentang bajet 2020 kalau otak 1990″

Apa yang dikatakan oleh Caprice memang betul. Kita sebagai manusia yang sudah diberi akal tak boleh suka hati menilai sebuah pekerjaan tidak bermaruah selagi sumber pendapatan dan skop pekerjaan tidak membuka aib sendiri atau melanggari mana-mana etika diri.

Untuk pengetahuan anda, maruah adalah nilai-nilai kebaikan, kehormatan dan kemuliaan yang perlu dijaga pada setiap diri individu.

Jadi, cuba fikir semula, adakah pekerjaan seperti penghantaran ini tidak bermaruah? Ingin diingatkan, selagi pekerjaan itu dari sumber halal di sisi agama, maka tidak salah untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Sumber: asiaone

Malah, kerja yang halal adalah salah satu fardhu kifayah. Pekerjaan penghantaran bertukar menjadi tak bermaruah apabila manusia itu sendiri yang menjadikan sumber yang haram atau melakukan kerja tak betul. Antara contohnya adalah seperti…

  1. Tidak menutup aurat ketika melaksanakan pekerjaan.
  2. Melakukan penyelewengan duit jika pekerjaan berkaitan dengan duit.
  3. Tidak amanah.
  4. Curi tulang.
  5. Memalukan diri sendiri dengan sengaja.

Bukan saja pekerjaan penghantaran tapi senarai di atas termasuk skop pekerjaan yang lain. Jangan juga kita menilai seseorang dari pekerjaan yang dia lakukan. Setiap orang jalan hidup berbeza. Apa yang penting, usaha.

Apa pun, sebelum bertutur atau mengeluarkan hujah sebaiknya berfikir dulu. Jangan main langgar je. Rakyat Malaysia ni hatinya lembut. Salah cakap sikit, habis viral seminggu. Nak ke? Ihiks!

Selamat berkerja!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:

 Belanjawan 2020: 20 Juta Lagi Untuk i-Suri Bela Nasib Suri Rumah ,

Ketahui Apa Akan Terjadi Bila PTPTN Dimansuhkan Terutama Kepada Anak Muda Kita Kelak

 

 

 

 

 

Sumber: ig caprice

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna