Kereta Tersadai, Lipas Mula Bersarang! Ini Cara Paling Mudah Untuk Hapuskan Lipas Dalam Kereta

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, ramai rakyat Malaysia yang banyak meluangkan masa di rumah. Segala urusan pekerjaan, pembelajaran, pengurusan kewangan semua dilakukan dalam bentuk talian. Akibat daripada ini, ia menjadi punca kebanyakkan kereta tersadai. Ada yang mempunyai masalah bateri dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bukanlah Donna mahu menyatakakan bahawa PKP ini merupakan satu perkara yang tidak bagus. Jauh sekali tau! Ini juga demi menjaga keselamatan kita semua daripada menjadi mangsa penularan wabak merbahaya COVID-19.

Baca:Ingat Semua Ikan Boleh Dimakan Ke? Hati-hati Dengan 5 Jenis Ikan Ini!

Okay continue, disebabkan perkara tersebut kita turut menjadi sibuk di rumah. Sibuk mengendalikan kerja, memasak, menguruskan anak-anak, suami dan bermacam-macam lagi. Sometimes, tidak mempunyai ruang masa untuk memastikan keadaan kereta kita kekal terjaga.

Akibat dari ini, mulalah kereta menjadi sarang serangga. Lebih-lebih lagi jika ada kenderaan yang parking pula, di bawah pokok. Hah! Siap berselimutkan daun keringlah jawabnya!

via GIPHY

Bayangkan, tiba-tiba you guys kena masuk ofis semula. Mulalah mencari kunci kereta, start enjin dan mulakan perjalanan. Suddenly, terasa seperti ada ‘benda’ merayap pada kaki!  Ha tak pasal panik. Jadi, Donna kongsikan satu petua yang memang confirm berkesan untuk anda gunakan.

Kereta yang tidak bersih seperti mempunyai sisa makanan dan juga minuman yang tak dibuang dan dibersihkan menyebabkan lipas merayap masuk dan membiak.

Donna cadangkan untuk anda menggunakan spray penghapus lipas atau serangga beberapa hari sebelum anda diwajibkan untuk hadir ke tempat kerja. Jika tidak juga berkesan dan masih lagi ada serangga mahupun lipas-lipas itu, gunakan petua ini pula.

Foto:Vanillakismis

Bahan-bahan :

Sepotong Majerin

Sedikit Minyak Masak

Susu Pekat Manis

Bukan resepi memasak ye gais. 

Cara-cara :

Campurkan semua bahan yang disenaraikan tadi dalam satu bekas plastik. Letakkan bekas yang berisi bahan campuran tadi tu dalam kereta dan biarkan selama semalaman. Easy!

Foto:vanillakismis

Esok pagi, anda boleh lihat sendiri hasil tangkapan segala lipas yang bersarang dalam kereta itu. Namun, petua ini harus diamalkan secara berulang kali sehinggalah tiada lagi lipas yang akan terperangkap dalam jerat yang anda letakkan itu.

All the best dan selamat mencuba!

 

 

 

Baca:

Raya Dengan Yakin! Elak 5 Jenis Makanan Yang Menternak Jerawat Di Muka

Awas! Spray Disinfektan Boleh Menjejaskan Kesihatan! Ini Antara Sebabnya

 

 

 

 

Sumber:Vanillakismis

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna