Kerap Bawa Bayi Keluar Malam Punca Perkembangan Anak Terjejas

Ramai ibu bapa yang sedar bawa bayi keluar tengah malam adalah satu perkara yang tidak digalakkan kecuali ada perkara yang penting atau kecemasan. Tetapi masih ada yang mementingkan diri dan mengganggap perkara seperti ini remeh sehingga ia membawa kesan yang buruk kepada anak-anak.

Bila tengok anak ‘behave’ je, mulalah anda merasakan ia kelihatan seperti tiada masalah untuk bawa mereka keluar dan terus menganggap ia sebagai lampu hijau untuk menikmati aktiviti malam seperti yang anda inginkan. Anda ibu bapa yang macam ni ke?

Image result for bayi keluar malam hari

Sumber: pama

Sering Bawa Bayi Keluar Malam

Jika dulu lepas waktu senja je, cepat-cepat tutup pintu rumah jika ada bayi kerana ia dianggap sebagai pantang larang tapi lain pula jadinya pada zaman kini. Donna faham, disebabkan kebanyakan ibu bapa bekerja pada waktu pagi sehingga petang menyebabkan ramai di antara anda untuk mengambil keputusan membawa mereka keluar pada waktu malam.

Menurut Dr Mallina seorang Pakar Perunding Pembedahan Telinga Pusat Perubatan Tropicana, tabiat membawa bayi keluar pada waktu malam boleh mengakibatkan si kecil mengalami gangguan pola tidur sehingga memberi kesan kepada pertumbuhan minda dan fizikalnya tidak berkembang dengan baik.

Jika golongan dewasa perlu tidur mencukupi sehingga 7 – 8 jam sehari, namun bayi dan kanak-kanak di bawah usia prasekolah perlukan tidur sekurang-kurangnya 9 hingga 12 jam sehari.

Image result for bayi keluar malam hari

Sumber: theasianparent

Kenapa Bayi Tidak Digalakkan Keluar Malam?

Ibu bapa perlu mengambil perhatian antara sebab-sebab mengapa bayi tidak elok jika keluar pada waktu malam kerana:

  • antibodi anak masih lemah
  • cuaca sejuk yang mengundang penyakit
  • suasana bising terutama di kawasan semak
  • anak mungkin takut dengan persekitaran
  • kelaparan

Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab untuk memastikan si kecil mempunyai pola tidur yang baik bukan mengikut kemahuan diri seperti ‘lepak’ di waktu malam.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Jangan Main Beli Je! Tip Buat Kaum Ibu, Pilih Mainan Bayi Usia Dua Bulan

Nak Pakai Fake Eyelashes Pun Kena Tahu Caranya, Jangan Main Letak Je!

 

 

 

 

 

 

Sumber: aseanparent 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna