Kerana Tak Vaksin, Lelaki Ini Dibawa Ke Bilik Bedah Gara-Gara Gigitan Kucing

Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri. Jelaslah yang kucing ni kita perlu pelihara mereka sebaik-baiknya. Kalau tak suka sekali pun, jangan sakiti atau menzalimi binatang manja ni.

Tapi, kalau mereka terancam sudah semestinya mereka akan mempertahankan diri mereka dengan mecakar atau mengigit. Kalau bernasib malang, berkemungkinan anda boleh dikerjakan ke hospital akibat luka dari kucing.

Lihat sajalah nasib pemuda ini yang perlu membuat perbedahan akibat digigit oleh kucing yang tak divaksin.

Penjelasan…

Menurut isteri kepada pemuda tersebut, perkara ini terjadi pada hari Ahad selepas kucing perliharaan mereka mula bermain dengan cara menggigit tapi tak meninggalkan kesan luka.

“Sejak dari tu suami saya mula demam, bahagian gigitan mula berdenyut-denyut dan kami tak syak apa-apa lagi masa tu. Ingat demam biasa. Bila pergi klinik pun, doktor check, suruh makan ubat antibiotik je.

Hari Khamis, tangan suami saya dah naik kebiruan dan kitaorang terus direct pergi Jabatan Kecemasan, Selayang dan doktor sahkan jangkitan kuman dah teruk, so kena masuk wad,” jelasnya menerusi laman twitter miliknya.

Confirm terkena jangkitan…

Tambahnya lagi, keesokkan harinya doktor minta buat x-ray dan menunggu untuk proses perbedahan bahagian tangan yang membengkak dan selepas seminggu, iaitu hari ahad, akhirnya perbedahan dilakukan dan semuanya berjalan lancar.

“Selepas perbedahan, doktor kata banyak tisu lembut dah mati sebab kena bunuh dengan bakteria. Jadi, waktu perbedahan mereka  perlu buang dan yang bunuh tisu tangan suami saya adalah berpunca dari kucing yang tak di vaksin,”

Jangan tak vaksin kucing!

Pada akhir tweet, dia menegaskan supaya vaksin kucing bagi yang membela kucing. Ini bukan demi kesihatan kucing saja tapi untuk keselamatan pemilik kucing juga supaya tak terkena jangkitan bila digigit.

Daripada perkongsian wanita ini, kita ambil pengajaran. Pada mereka yang mempunyai belaan kucing, sebaiknya vaksin asingkan kucing outdoor dan indoor.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Haiwan Pun Boleh Dijangkiti COVID-19, Macam Mana Dengan Kucing Peliharaan?

Bela Atau Tak, Ketahui 10 Makanan & Minuman Yang Tak Boleh Beri Pada Kucing

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: aniskhaliditwitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna