Kerana Suasana, ‘Cleaner’ Darul Quran Akhirnya Peluk Islam

Qadarallah masyaa fa’ala yang bermaksud semua perkara berlaku sudah takdirkan Allah SWT dan buat apa yang Dia inginkan. Tidak kira soal pekerjaan, kesihatan jodoh, ajal atau segala kecelakaan yang berlaku, semuanya ditentukan oleh Allah.

Tapi terdapat beberapa faktor yang membolehkan manusia sendiri mengubah takdir dengan mengikut akal fikiran  dan ilmu yang dituntut. Dari situ, seseorang berjaya membuat keputusan setelah tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

via GIPHY

Selepas 14 tahun berkhidmat…

Begitulah yang terjadi pada salah seorang pekerja syarikat kontrak pembersihan di Darul Quran, Puan Envis binti Jeboi memilih untuk memeluk Islam setelah 14 tahun berkhidmat di situ.

Dia secara rasminya memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor atas usaha Ustaz Wan Ahmad Ikram Wan Mohamed, Penolong Pegawai Unit Alumni.

Bila ditanya kenapa membuat keputusan ini, dia berkata tindakkan ini adalah atas pilihan sendiri kerana sudah terbuka hati dan tertarik dengan suasana Islam yang wujud di Darul Quran.

Marilah sama-sama kita mendoakan Puan Envis atau nama Islamnya Maryam binti Jeboi yang berasal dari etnik Orang Asli menetap di Kampung Orang Asli Tun Razak Kuala Kubu Bharu, agar sentiasa kekal dalam mentaati Allah SWT.

Semoga Puan Maryam dapat menuntut ilmu agama lebih mendalam dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan kerana Allah sentiasa menguji hati hamba-Nya untuk melihat sejauh dan sedalam mana keikhlasan seseorang terhadap agama-Nya.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pembayaran Jumaat Ini, Ini Cara Semak Status Untuk BSH Fasa Ke-3

Pemilihan Amalan Pemakanan Dalam Perspektif Islam

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna